Bismillah..
"Puan, berat tak tu..?" Soal pelajar saya (perempuan) ketika saya berjalan ke kelas. Dia lantas menawarkan untuk membawa beg laptop saya yang berat itu.
"Apa? beg ni ke? Memanglah berat tapi don't worry.. saya boleh angkat lagi ni.." Jawab saya.
"Bukan.. tuu.. perut Puan tu.. marilah saya angkat beg Puan, berat tu.."
"Oooo.. nanti satu masa bila awak mengandung nanti, taulah berat ke tidak.." Saya tergelak kecil. Beg saya, masih saya pegang. Bukan kedekut, cuma saya tidak mahu mengada-ngada sangat sebab rasanya larat lagi. Lagipun, saya terserempak dengan pelajar saya ni sudah hampir sangat dengan bilik kuliah. Jika jauh lagi, bolehlah kot..
Dalam segelintir pelajar universiti yang sudah hilang nilai-nilai sahsiah diri, sebenarnya masih ada lagi yang kaya dengan budi pekerti. Sudah banyak kali juga pelajar saya menawarkan diri untuk membawa fail, beg mahupun kertas-kertas mereka yang saya mahu pulangkan. Mungkin berkat ajaran guru-guru di sekolah dulu membawa sehingga ke universiti. Begitu juga dengan memberi salam.. Kadang-kadang saya yang malu apabila sepanjang jalan menerima sapaan pelajar mahupun bekas pelajar saya, tidak kira lelaki ataupun perempuan.. Kadang-kadang saya meringankan mulut juga memberi salam terutama kepada yang perempuan. Semua ini pasti saya rindukan apabila ada peluang sambung PhD nanti :P
Berbalik pada bab mengandung, saya ingat lagi semasa borak-borang dengan rakan sepejabat yang juga sedang mengandung 5 bulan. Waktu itu sedang rehat-rehat.. sakit-sakit pinggang..
"Kita ni kan, dah tahu mengandung tu seksa.. bersalin juga bukan senang.. tapi masih tak serik kan.." Ujar saya. Tu betul-betul tak ada apa nak cakap lah tu.. heheh..
Rakan saya mengiyakan. Dia lagilah.. ada pengalaman buruk semasa bersalin anak pertama.
Saya ni tak tahulah, walaupun bersalin 'Alawi dan Aisyah tiada masalah.. tapi masih rasa takut. Entah macammanalah bersalin anak ketiga ni yek? Ia tidak menjanjikan 'mudah' jika anak sudah ramai. Malah ada rakan saya yang bersalin operate setelah 3 orang anak sebelum bersalin normal. Na'uzubillah.. saya benar-benar mohon diper'mudah'kan.
Kenapa wanita sanggup? Jika bukan semua, tetapi majoriti wanita pasti sanggup menanggung sakit, menanggung risiko untuk melahirkan putera mahupun puteri untuk keluarga. Sanggup pula menyusukan.. sanggup pula mengorbankan masa rehat (terutama malam) untuk menjaga anak yang baru lahir yang pasti akan merengek.. sanggup pula bersusah-susah di dalam pantang menjaga diri, supaya kembali seperti sebelum mengandung untuk suami, sanggup itu, sanggup ini..
Itulah wanita. Apabila bergelar isteri dan ibu.. Indahnya Allah menjadikan wanita itu begitu.. memakmurkan bumi Allah dengan anak-anak soleh dan solehah. Dunia hanya tempat sementara, rehat di dunia tiada maknanya. Biar kita susah-susah di sini, semoga apabila kita mati.. dapat rehat puas-puas di alam barzakh sebelum menunggu hari dihisab.. :)

No comments:
Post a Comment