Pages

05 April 2009

Buku.. buku.. dan buku..

Bismillah..

Rasa macam lama tiada entry baru. Macam-macam sakit pula bila sudah hampir-hampir bersalin. Alhamdulillah, kandungan yang 'aktif' ini sudahpun masuk ke minggu 36. Dan.. saya masih ada 3 Kem Matematik bersama sekolah-sekolah di Muar untuk dipenuhi. . 2 daripadanya dibuat di Muar. Bukan mahu mengeluh, atau bersusah hati atau yang sewaktu dengannya, cuma.. memandangkan dibuat pula hari sabtu, terpaksa deal dengan Abang yang memang bukan setiap Sabtu cuti, memikirkan anak-anak tidak sampai hati mahu hantar ke nursery.. etc.. etc.. agak menyusahkan. Untungnya, kem hanya dibuat 8.00am hingga 5.00pm. tak perlu bermalam.. kami bukan guru-guru sekolah ye yang memerlukan aktiviti macam ni banyak-banyak! Heh.. sejak NC baru menerajui universiti.. habis para pensyarah dikerah buat khidmat masyarakat. Satu oklah.. masuk dua, tiga.. saya pun tahu merungut! Cuma kasihankan rakan saya yang jadi Pengarah Program sahaja saya berfikir panjang untuk tarik diri.. jenuh mahu mencari pengganti.

Oklah.. cukuplah.. tak bestlah pagi-pagi dah bad mood. Ohohoho.. saya baru-baru ini memborong novel online!. Agak lama saya tidak membeli buku, baik secara online mahupun offline. Entah kenapa, ada satu hari tu saya tergerak untuk membuka laman web syarikat penerbitan novel yang sangat saya suka membaca novel-novel keluarannya, Jemari seni. Wahhh.. banyaknya novel baru (baru bagi sayalah) yang belum saya dapatkan terutama dari penulis yang saya suka. Kenapa saya sukakan buku-buku syarikat ini? Kerana bila membacanya saya tidak bosan dan penulisnya ada identiti masing-masing.

Antara penulis yang saya ada novelnya:

Noor Suraya - Saya sudah mengikuti karya-karya Kak Su dari dia di CESB lagi. Saya suka kerana bahasanya yang manis macam gula-gula . Dan di dalam setiap novel Kak Su, pasti diterapkan unsur agama.

Hlovate - Suka kerana bahasanya santai. Walaupun tidak pernah ada kena mengena dengan cara hidup saya, tetapi saya suka membacanya kerana tidak perlu berfikir secara kritikal. Lucu dan memang sentiasa mahu ketawa! Juga ada unsur-unsur agama.

Imaen - Lebih kepada penulisan thriller. Ala-ala Ramlee Awang Mursyid tetapi mungkin masih baru, plot cerita agak longgar. Bagaimanapun memandangkan saya suka baca novel RAM, saya suka juga baca novel Imaen. Novel baru beliau? Saya belum baca dan saya harap ada peningkatan. Juga mengandungi unsur-unsur agama.

Rnysa - Saya mengenali karya beliau secara online (masa dulu ada pula masa saya membaca novel bersiri online! heh!). Cerita Syah dan Kaduk memang saya nanti diterbitkan di dalam novel dan saya sanggup ke Pesta Buku tahun ??? (tak ingat) untuk mendapatkan novel beliau. Masa tu Jemari Seni baru sahaja bernafas dan saya memusing hampir 5 kali mencari booth Jemari Seni yang sangat kecil itu. Hampir putus asa saya dibuatnya!

Ruby Hazri - Buku pertama beliau, Percayalah bagi saya biasa-biasa. Tetapi saya suka dengan novel kedua, Kopi Susu Sepatu biru. Senyummmm je membacanya.

John Norafizan - Saya ada novel beliau tetapi keluaran CESB. Bukan kegemaran saya, cuma saya beli kali ini untuk melihat 'isi'nya dengan Jemari Seni.

Khairyn Othman - Maaf. Saya tidak berjaya menghabiskan novel beliau. Saya akan cuba suatu hari nanti, InsyaAllah.

Haaa.. ramai juga yang saya sudah baca karyanya. Kebanyakan buku-buku mereka saya ada. Yang saya baru beli ini, ada penulis yang baru pertama kali saya 'mahu merasa' penangannya. Beli setelah saya baca sinopsis buku..

Saya memang suka membaca. Sudah memasuki alam pekerjaan, barulah saya membuat koleksi novel. Bukan sahaja novel, saya juga suka membaca buku motivasi (syarat: mesti gaya bahasa santai), buku perniagaan (: lepas baca mesti rasa nak berniaga), buku agama (saya jarang beli kerana kitab-kitab suami saya pun saya belum habis khatam), majalah-majalah (sekarang sudah kurang) dan buku misteri kanak-kanak (: dengan buku-buku beginilah tabiat membaca saya berkembang masa kanak-kanak) ooo.. dan juga beberapa novel English yang simple.. juga buku-buku (novel lama yang lebihnya) DBP yang saya sangat kagum dengan gaya bahasanya juga buku-buku Kang Abib.

Suami saya? Mula-mula Abang persoalkan juga. Buat apalah baca buku-buku tu.. buat tambah semak aja. Tambah ruang.. baik baca kitab-kitab agama yang dia ada.. dari setebal-tebalnya ke senipis-nipisnya. Saya baca juga, bukan tidak baca.. cuma jenuh juga nak menghabiskannya kerana bahasa tinggi yang sukar saya mahu hadam. Akhirnya, apa-apa saya tanya dengan Abang sahaja.. . Akhirnya Abang akur.. bacalah selagi saya tidak tinggal tanggungjawab dan selagi tidak lupa baca Al-Quran. Hehehhehe... cuma dia gerammmm je bila tengok saya baca Harry Potter.. . Ok.. saya baca tapi tidak berangan ke alam magic yer.. Saya baca untuk menyeimbangkan otak yang sehari di tempat kerja penuh dengan formula-formula matematik yang menyesakkan dada! Saya sudah dewasa.. dan tidak mustahil genre pembacaan saya juga akan berubah satu hari nanti kan? Apapun.. dari tengok TV yang tidak ada apa sangat pun, baik saya membaca dan nampaknya anak-anak saya sudah mengikuti tabiat ini walaupun buku yang mereka baca tu terbalik!



4 comments:

Ms.Lilies said...

ada org mungkin tak fahamkan...tapi dari membaca buku2 yg mcm ni la yg blh buatkan kita releks je kan...hhhehe
mimi ada beli buku faisal tehrani tapi blm mula lagi....

senorita_2012 said...

Faisal Tehrani..

Hmmm.. saya ada koleksi buku dia banyak juga. Tapi buku-buku dia yang terkini amat mencabar minda dan saya asyik delayyyy jer baca. Yang dulu-dulu best!

fuaada said...

Banun, saya tak baca buku harry potter..sebab saya kureng sikit bab membaca....tp saya kumpul movie dia....heheheh....orang tanya untuk sapa...kita jawab for my children....tp sebenarnya ummi diorang yg over.....heheheh....

senorita_2012 said...

Fuaada..
Hahahha.. boleh geng ngan adik ipar saya tuh!