Sekian lama saya tidak boleh publish post dari netbook yang Abang beli (Acer Aspire One) beberapa minggu lalu. Entah apa masalahnya, saya pun habis selongkar dah.. heheheh.. saya tidak expert tetapi saya memang suka sangat cari sebab musababnya sendiri dan main pandai-pandai solve! Dengan cara ini juga saya menggodek-godek kod html yang memang tidak pernah saya belajar apa-apa pun dulu :P Untungnya blogspot sekarang lebih user friendly, tak perlulah saya susah payah lagi kan.. heheh.. Akhirnya semalam, saya betul-betul berguru dengan pakcik google dan tukar itu ini.. tau-tau dah boleh publish.. hmmmm.. puncanya? Entahlah..
Mahu posting dari pejabat, ia akan mengambil masa saya.. no.. no.. no.. biarkan sahaja. Akhirnya, saya sudah lupa apa yang saya mahu catatkan di blog. Saya posting dari kampung saya di Rompin. Sepatutnya ini giliran untuk balik ke kampung cik Abang di N9, tetapi dek kerana kereta kami telahpun siap maka saya terpaksa menghantar kereta yang dipinjam minggu ini. Abang balik dulu dengan kereta Ayah pukul 11 pagi tadi bersama 'Alawi dan Aisyah, saya pula pukul 2 petang baru keluar rumah menaiki kereta kami. Kira balik ke kampung sorang2 diri. Asalnya mahu konvoi, tapi saya lambat sangat mahu siap mengemas rumah. Maklumlah.. hampir 2 minggu rumah tidak dikemas betul-betul, tidak di mop lantainya dan tidak di lap habuk almari dek kerana saya melepek demam menggantikan Aisyah. Jadi, lama sungguh saya mahu siap buat semua tu.
Bila dikenang-kenang, penatnya buat kerja-kerja rumah. Sekarang ini saya hanya ada masa hari minggu sahaja untuk menguruskan semua. Beza masa sebelum mengandung, saya boleh bangun dalam pukul 4 pagi untuk mengemas sampailah menyiram pokok bunga diluar, ada lebih masa siap boleh masak sarapan yang simple-simple. Lepas subuh, sudah boleh rehat, mengaji dan siap-siap ke pejabat. Sekarang, bangun pun sudah pukul 6 pagi. Terus mandi dan solat subuh, mengaji sikit dan siap-siap ke tempat kerja. Memang sempat kemas katil aje la nampaknya :( Lipat baju pun, bila larat bertelekulah saya melipat baju yang banyak. Biasa malam, saya seperti kehabisan tenaga untuk buat segala macam kerja. Abang kata.. tak apalah.. orang sarat mengandung kena cukup rehat.. cukup tidur.. tetapi tak bestlah! Kadang-kadang terpaksa kerah diri! Tapi itulah.. bila hari minggu aje yang buat macam-macam.. bila kena balik kampung, terkejar-kejar dan penat sangat! InsyaAllah lepas bersalin dan habis pantang nanti, saya mahu jadi isteri dan Ummi yang menguruskan semuanya! janji pada diri tu! Heheheh..
Beberapa orang rakan saya telahpun mempunyai pembantu rumah. Malah rakan-rakan suami saya juga begitu. Ada yang mencadangkan, lebih baik kami ambil pembantu sahaja. Tambah-tambah lagi, insyaAllah orang baru akan lahir. Hantar ke nursery pun, sudah melebihi gaji bulanan pembantu rumah! Belum campur caj lebih masa sekiranya ambil lewat. Kemudian, balik rumah macam-macam kena buat. Ada pembantu kan mudah! Semua siap.. Kata merekalah.. heheheh.. Saya??? Entah. Saya tidak gemar ada 'orang lain' dalam rumah saya. Mungkin juga kerana saya tidak biasa dulu. Emak bekerja, tetapi kami tinggal serumah dengan Atuk dan Nenek, ada pula emak saudara yang menjaga. Tiada masalah. Apabila pindah rumah pun, Emak tidak ambil pembantu rumah. Jadi, saya tidak pernah rasa susah mahu membuat kerja-kerja rumah. Biasanya saya mengemas dan adik saya memasak. Selesai. Maka.. rasanya insyaAllah saya mampu uruskan keluarga saya walau bekerja. Tidak tahulah jika satu masa saya teramatlah sibuk sampai tidak cukup nafas kan. Masa itu mungkin saya akan memikirkan cadangan mereka semua.. :) Apa-apa pun, bimbang saya pula rasa 'manja'. Habis semua pembantu buat apa pula sumbangan saya kan??? :D
1 comment:
betul!betul!betul! ...(ipin)
Saya pun tak terlintas nak amik pembantu. lagipun rasenya lagi byk masalah lain timbul. Selagi terdaya, kite buat. Suami pun kena la tolong. bukan tolong tgk je kan. Dr situ boleh eratkan kasih syg lagi. Saya rasela. Alhamdulilah, abe saya suka buat keje umah tapi takla sume and takler cepat mcm saya. Cuma dr takde lgsung, kire baik jugakla. Tambah2 bile kat sini, die jadi househusband. Jaga anak2+urus umah. Cuma saya takla mengharapkan die buat semua utk saya. Sya tak mau amik kesempatan atas kebaikan hubby. Cukup die mampu menjaga diri and anak2, dah syukur alhamdulilah. Ada yg saya nampak, ambil kesempatan. Tambah2 ngandung. Mula lah mengada. Dulu saya pun tak layan sangat ngada2 tuh. penat mcm mane pun lawan jer. Takde sape perasan yg saya mengandung (24hours pakai baju sejuk jekan)..alhamdulilah selamat. Pokok pangkalnya jgn jadik pemalas. Kalo dah mmg pemalas, nak pi buat air pun tak boleh la konon!..
Post a Comment