Pages

10 March 2009

Sambung cuti

Bismillah..

Saya cuti lagi. Cuti emergency hari ini. Cuba untuk tidak memikirkan schedule untuk hari ini tapi lastly ajak juga Abang singgah pejabat lepas balik klinik untuk ambil buku. Ada yang saya perlu siapkan dan fikirkan segera. Sudah bawa balik rumah pun saya sudah lega, buat atau tidak belakang kira :P

Kenapa cuti? Aisyah demam. Malam tadi sangatlah panas suhu badannya dan tersentak-sentak tidur. Risaunya saya tetapi saya tidak mampu bersengkang mata. Saya letakkan cooler pad atas kepalanya, memang kami sentiasa buat stok cooler pad ni sebab jika nak jaram menggunakan tuala dan air biasa, tak sampai 3 minit kain dah terbang kena buang. Aisyah demam tiba-tiba malam tadi.. mungkin cuaca semalam panas melampau dan petangnya pula tiba-tiba hujan lebat membuatkan badan Aisyah tidak mampu menahannya.

Melihatkan pagi tadi demamnya masih ada dan Aisyah asyik merengek, saya bercuti sahaja dan 'memaksa' suami saya turut bercuti. Hehhehe.. Alang-alang Aisyah tidak dihantar ke nursery, 'Alawi juga saya biarkan bersama kami di rumah. Masalahnya dia memang tidak faham adiknya sedang sakit dan sibuk-sibuk kejutkan Aisyah yang tidur (lepas makan ubat) untuk bermain (wrestling agaknya?). Apa-apa pun.. sehingga kini saya masih belum buat apa-apa kerja.. tak kisahlah labu.. asalkan anak ada depan mata, hati saya tak susah sangat..

3 comments:

Ms.Lilies said...

siankan tgk anak kalo demam....terbaring je dia...harap2 aisyah sembuh cepat

Ibu Aunis said...

tu la..kadang2 lebih baik tgk anak bergasak dari dok diam di pembaringan jer...moga Aisyah kembali aktif!

senorita_2012 said...

Yer la korang berdua.. Aisyah dah sihat sikit.. yang demamnya Umminya pulak.. waaawaaawaaa.. seksa ooo demam time pregnant :(