Pages

03 March 2009

Kereta.. oh kereta..

Bismillah..

Lama sungguh tak update. Macam biasalah.. inilah kehidupan seharian.. hati kata mahu.. kudrat kata tak larat.. Catatan saya di blog nampaknya belum nampak kemajuannya dan belum pasti istiqamahnya.

Kisahnya.. hari minggu baru-baru ni kami merancang untuk pulang ke kampung saya. Memandangkan kelas saya hari jumaat habis lewat petang, maka saya minta izin dengan suami untuk balik kampung awal pagi esoknya sahaja. Maka kami pun sudah plan sehabis baiklah konon-kononnya sebaik sahaja suami saya balik masjid (dalam 9.30pm) saya akan tidur supaya boleh bangun awal (dalam 4.00am) untuk mengemas rumah dan mengemas baju dan boleh bertolak ke kampung dalam 7.00am. Saya memang tidak boleh mengemas malamnya kerana anak-anak saya yang sangat rajin membantu itu!

Benarlah, kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah jua yang terbaik. Puas juga saya dan anak-anak menunggu kepulangan suami malam itu, jam hampir mencecah pukul 10 namun enjin kereta menandakan si Ayah sudah pulang belum juga didengari. Dalam pada saya berteka-teki, telefon suami saya (suami saya memang tidak membawa handphone ke masjid.. dari belum kahwin tabiatnya begitu..) tidak henti-henti berdering. Memandangkan handphonenya di tingkat bawah, saya yang teramat-amat tidak larat membiarkan sahaja.. sesekala terdetik juga rasa tidak enak dalam hati, bimbang suami ada apa-apa di tengah jalan tetapi naluri saya (yang selalunya boleh pakai) berkata sebaliknya, jika ya pun mungkin tidak teruk.. :P. Tidak lama kemudian, telefon saya pula berbunyi. Semasa mahu mengangkat telefon baru saya sedar, sudah ada 9 missed call rupanya.. Astaghfirullah.. saya tertidur agaknya? Entahlah.. saya tertidur pun saya tidak sedar..

Rupa-rupanya kereta dilanggar pelajar UTHM. Saya nak bercerita pun tidak pandai kerana tidak mengalaminya tersendiri. Menurut suami, pelajar tersebut bawa kereta laju-laju dan tidak sempat mengelak kereta suami yang juga brek mengejut kerana ada kereta 'siput' yang keluar simpang tiba-tiba dan meluncur dengan 'siput'nya. Jika sesiapa yang pernah melalui jalan di Kluang - Batu Pahat pasti tahu akan keadaan jalan yang memerlukan kita berhati-hati dan bermata helang. Ini kerana, jalannya ada 4 lorong tetapi tiada divider di tengah-tengah. Jadi.. nak bawa laju boleh tetapi pastikan anda boleh sempat brek sekiranya ada kereta tiba-tiba mahu belok ke kanan atau keluar simpang rumah tiba-tiba..

Alhamdulillah suami tiada apa-apa. Cuma agak fobia kerana melihat 4 orang pelajar yang bertarung nasib apabila kereta mereka berpusing-pusing tidak tahu berhenti. Rupa-rupanya kereta mereka berhenti setelah menghentam bahagian tepi kereta suami.

Sedikit sahaja yang kena

Saya tidak tengok betul-betul kecederaan kereta saya, cukup bersyukur suami selamat. Alhamdulillah.. Cuma rasa agak susah kerana kereta terpaksa dihantar ke workshop. Baru raya puasa lepas, hari raya pertama (4 bulan lalu), kereta kami di hentam juga, tetapi di belakang, malah lebih teruk dari ini. Hampir sebulan proses membaiki dan menuntut insurance dan menunggu barang sampai membuatkan saya tidak betah kerana sukar bergerak. Alhamdulillah bapa mertua saya bermurah hati memberi kami meminjam kereta kancilnya, malangnya saya yang sudah berzaman tidak memandu kereta manual terpaksa mengharap ehsan suami untuk menghantar dan mengambil ke kelas. Seksa!!! Tambah lagi kelas saya jauhhhh dari pejabat dan waktu tengahhari rembang pula. Beberapa kali proses mahu belajar memandu kereta manual tergendala kerana saya amat kesuntukan masa.

Ini yang dulu (masa raya)

Kali ini, kerosakan tidak banyak. Pintu perlu ditukar tetapi masalahnya tokey workshop sudah cakap.. itu cermin kecik aaa.. susah mau cari oo.. mau kena order dulu oo.. minggu depan siap! Hehhehe.. tak siap.. siap ko apek.. Sekarang kami mengharap ehsan Perdana ayah saya pula. Ohohoho.. harap-harap sang Perdana tidak menelan minyak dengan begitu banyak.. maklumlah.. selama ini kami banyakkk jimat minyak dengan cik City.. Bincang dengan suami.. jom beli Grand Livina.. eheheh.. Suami kata.. dari beli yang baru, baik tambah lagi satu (tambah kereta laa.. ). Emmmm.. akan difikirkan. Macam membazir kerana bimbang nanti akan jadi gajah putih macam motor suami. Kami pergi kerja sekali.. pulang kerja juga sama-sama. Memang tidak memerlukan 2 kereta.. tetapi bila jadi macam ni? Apa-apapun harapnya tidak berlaku lagi.. Amin..

No comments: