Pages

28 April 2009

Menghitung detik

Bismillah..

Wah! Kali ini saya ternanti-nantikan bila agaknya mahu bersalin. Ikutkan due datenya.. insyaAllah esok. Berbeza anak saya yang sulung, tak sempat berdebar.. sudahpun mahu menjenguk dunia. 'Alawi awal 19 hari dari tarikh jangkaan. Aisyah pula awal 2 hari sahaja, tetapi Alhamdulillah, amat mudah saya melahirkan Aisyah. Sakit sahaja, saya mengira selang sakit kerap 10 minit, lalu ke hospital. Kemudian terusss.. masuk dewan bersalin dan bersalin.. Mudah sampai suami saya tidak sempat mahu menelefon emak saya lama-lama, sudah dipanggil untuk mengiringi kelahiran.

Saya bersiaran dari rumah, tengahhari saya sudah balik kerana rasa sakit sedikit. Ditambah dengan lapar dan mahu buang air ia seolah-olah seperti mahu bersalin sangat.. heheheh.. Bimbang tidak sempat ke hospital, menggeletar saya berkemas di pejabat untuk pulang. Lepas makan, terus ke hospital, separuh jalan, saya pulang semula kerana mengira selang sakit yang lebih setengah jam. Saya tidak mahu ditahan di wad dulu kerana bimbang di induce. Biarlah anak saya sakit secara normal, bukan dipaksa-paksa. Mungkin di pejabat rasa sakit kerana cara saya duduk menghadap komputer yang menekan perut. Maklumlah.. bukan senang mahu meninggalkan kerja-kerja yang tidak selesai. Tambahan sekarang musim final exam dan paper saya examnya esok dan lusa!

Apa-apa pun emak saya sudah di telefon dan sudah bertolak dari kampung. Supaya.. saya tidak risau mahu ke nursery jika baby ini mahu keluar di tengah malam. Semoga semuanya selamat.. Aminnn..

No comments: