Berkesempatan menonton pagi tadi, sambil-sambil menyapu living room (yang hanya seminggu sekali je sapu betul-betul.. huhuhu - tak sabar nak habis pantang, boleh berkemas seperti biasa :) ). Pertama kali saya menonton, masa Tanyalah Ustaz bersama Dato' Harun Din. Suka pula saya menonton rancangan ini, sampaikan masa sejam yang diberi rasa sekejap sahaja. Banyak perkara yang saya tidak tahu, tidak ambil berat, dijelaskan dari soalan-soalan para penonton sama ada melalui telefon atau email. Sayangnya, saya hanya berkesempatan (hanya teringat kot..) menonton sesekala pada hujung minggu. Maklumlah.. rancangan di pagi hari, jika hari bekerja saya sibuk membuat itu ini sebelum ke pejabat. Hari minggu pula jarang saya teringat switch on kan tv awal-awal. Pun leka dengan kerja-kerja rumah sebelum 'pembantu' dua beradik bangun.. hehhehe.
Pagi ini, persoalannya berkisar tegur menegur sesama kita umat Islam. Asasnya tentulah surah Al-Asr. Sambil menyapu, sambil saya berfikir.. banyaknya kesilapan saya. Ialah.. hidup ini bukannya lama pun. Lagi-lagi dunia sekarang. Zaman kau kau, aku aku. Kau nak buat apa, buatlah.. asalkan tak ganggu hidup aku. Nampak sangat kita (saya) tidak menghayati langsung pesanan surah Al-Asr. Adakala, dengan kita-kita sekali join buat dosa.. orang perempuan apa lagi.. mengumpat, mengata, gossip.. :( Terasa jauhnya saya dari syurga Allah.
Adakala saya selalu juga memikirkan.. berkongsi bilik berdua (pejabat) memang mengundang perkara-perkara ini. Untung juga pensyarah universiti-universiti besar, bilik sorang satu (selayaknyalah dengan jawatan), tetapi kami masih terpaksa berkongsi berdua kerana kemudahan yang sedang dibangunkan. Masuk UTHM seperti masuk kawasan pembangunan, sana sini projek buat bangunan, buat jalan. Bermula dengan bercerita perasaan tidak puas hati, kemudian melarat-larat, dah jadi mengumpat pula. Macam mahu hentikan tetapi tidak tahu bagaimana. Adakala saya juga bersalah kerana mendengar dan memberi respon. Bagaimanapun apabila saya muhasabah semula, ada hikmahnya. Dengar Ustaz tadi berkata,
"Jika kita menegur dengan rasa ikhlas dan kuatkan semangat, sertakan doa juga secara berterusan, insyaAllah satu hari (jika bukan sekarang) suasana akan berubah ke arah kebaikan."
Maksud surah Al-Asr:
1. Demi masa,
2. Sesungguhnya semua manusia itu di dalam kerugian,
3. Kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh,
4) Dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran.
Saya selalu ingat part 'Demi masa' tetapi terlupakan maksud ayat ke 4.
Duduk berdua, bertiga, berseratus pun bukan masalahnya. Saya kena tegas! Terutamanya dengan diri sendiri. InsyaAllah.. Amin..
No comments:
Post a Comment