Sedang rehat-rehat, melawat-lawat blog kawan-kawan dan tersesat-sesat sesekala, saya sering mengambil iktibar tulisan-tulisan dari blog yang saya lihat. Lalu saya tidak dapat mengelak dari bertanya sendiri, kenapa saya tulis blog? Seronok ke jika ada orang lain membaca luahan hati kita? Kenangan kita? Ada manfaat ke? Jika dulu, saya amat jarang dapat mengupdate diary (sama macam blog ini.. kalau ada masa, ada kerajinan, adalah ceritanya heheh). Tapi diary saya seboleh mungkin saya sorok dari pandangan mata rakan-rakan. Rahsiaaa.. :) Tetapi di blog, segalanya terbuka. Agaknya sebab itu saya tidaklah tulis apa yang personal sangat.. cukup sekadar satu masa nanti saya kenang semula.. itulah AKU dan SUAMI dan ANAK-ANAK satu masa dahulu. Heh! Tetapi saya sangat berharap supaya dari hari ke hari ada kebaikan yang boleh saya sampaikan, dan saya tidak berkongsi dosa dengan orang lain dengan apa yang saya tulis. Allahu Akbar!
Dalam pada duduk-duduk, saya juga suka memikirkan.. apa matlamat saya hidup di dunia ini? Apa sumbangan saya pada Ummah? Adakah cukup pergi kerja, balik kerja, dan bersama anak-anak serta sikit-sikit lebihan ibadah melayakkan saya untuk bertemu denganNya di sana nanti? Ishhh.. itu belum campur dengan dosa-dosa sama ada sedar atau tidak, ada malas-malasan, marah-marah.. emmm.. teruknya saya. Nak kena perbetulkan niat dan perbaharui kesungguhan dan susun semula aktiviti. Sesungguhnya manusia akhir zaman ini banyak benar ulahnya dalam kepala, lebih meng'arah' kepada dunia.
Anak-anak--> inilah yang sangat saya takuti. kebimbangan membesarkan anak pada zaman fitnah ini sudah saya fikir dari saya di bangku sekolah lagi. Bukanlah bermakna saya sibuk-sibuk mahu kahwin dulu, tetapi kerana 'persekitaran' membuatkan saya sudah lama seram sejuk. Apatah lagi saya sendiri seolah-olah sukar mahu menetapkan pendirian. Tetapi Alhamdulillah.. suami saya memang tegas dalam soal agama. Cuma itulah.. 'persekitaran'. Saya selalu berharap, saya boleh mendidik anak saya tanpa perlu melukakan hati-hati orang yang rapat dengan saya. Saya tidak mahu doa/detik hati mereka jika saya melakukan ketegasan dengan cara saya (cara agama sebenarnya) memberi side effect pula pada anak-anak. Tetapi bukan mudah.. kita yang mahu anak-anak mendengar 'selawat nabi' berlawan pula mereka yang mahu anak mendengar 'twinkle twinkle little star' :) Bukanlah nursery rhymes ini tidak bagus, cuma memetik kata penceramah jemputan semasa majlis Maulidurrasul UTHM (merangkap ustaz dari pondok tempat Abang belajar),
"Apa salahnya kita sentiasa alunkan pada anak-anak cd selawat ini, irama qasidah yang memuji kebesaran dan kisah-kisah Rasulullah, mula-mula memang tidak faham.. tetapi inilah yang lama-lama menusuk ke hati, melembutkan jiwa.. menumbuhkan hati yang segar menyayangi Rasulullah."
Iya.. saya tidak nafikan kerana saya sendiri, jika menaiki kereta yang dialunkan selawat nabi ini, rasa tenteram sahaja, berbeza jika mendengar lagu yang entah apalah. Itu sayalah.. :) Cinta tidak akan datang tanpa dipupuk dan tidak akan segar jika tidak dibaja. Sebagaimana kita mahu tahu mengenai orang yang kita cintai, begitulah seharusnya kita lebih-lebih lagi perlu tahu mengenai Rasulullah, kekasih Allah. Ini peringatan untuk saya juga ye.. yang rasa sudah banyak kehilangan ingatan mengenai riwayat hidup Rasulullah.. :(
Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari.. Amin..
3 comments:
ye betul tu banun..
saya pun dalam kereta dulu hanya pasang kaset yusof islam utk halwa telinga anak saya..sampai sini pun masih buat benda yg sama utk si adik cuma yelah takde kaset tapi internet la jadik sasaran..tapi tidak sekerap kakak..(dulu masa drive lg byk dr masa rehat)..saya harap anak2 saya nnt akan lebih berlembut hati...
kakak plak dah masuk sekolah sini ape lagi..twinkle twinkle la..saya cuba jugak seimbangkan...tu lah balik pada diri sendiri jugak mcm mane kite corakkan anak kita..tapi persekitaran jugak mainkan peranan yg penting...Doa yg tak putus lebih byk membantu rasenya.
Takut kan..lelaki menjadi pemimpin..jgn sampai satu hari die dipimpin wanita plak..yg perempuan pula kebimbangan pada menjaga malu dan maruah..moga Allah bantu kita semua!
Saya ingat lagi far selalu kata dulu.. Auni membesar dalam kereta je la.. hahah..
huhu...ye ker..ahahha takde dalam ingatan lgsung saya ke yg berkata begitu..? tapi hakikatnye mmg la..5-6 jam kot sehari dalam keta saje. masa tu jalanjem..rasenya balik2 ni dieorg boleh membesar dgn jayanye kat umah...hehehe...
Post a Comment