Alhamdulillah, kandungan saya sudahpun masuk minggu ke 38. Kiranya bila-bila masa saya boleh bersalin. Pagi tadi, 'Alawi bangun tidur tiba-tiba bertanya,
"Ummi.. baby dah kuar?"
Saya pelik.
"Kuar dari mana?"
Saya tanya, manalah tau dia maksudkan Aisyah. Kadang-kadang 'Alawi suka panggil Aisyah baby.
"Kuar peyut(perut) Ummi laa.."
Tersenyum saya, nak gelak pun ada. Anak saya yang ini dalam peringkat bertanya macam-macam. Setakat ini Alhamdulillah, saya masih menjawab apa yang dia tanya.
Janganlah Ya Allah engkau campakkan satu rasa bosan dalam hati hambaMu yang dhaif ini.. Amin.. Saya sentiasa ingatkan diri saya dan suami, layankan sahaja apa yang ditanya, tidak mahu dia membesar dengan rasa rendah diri, takut bertanya, rasa diabaikan dan macam-macam sifat negatif lain.. Na'uzubillah..
Perlahan saya menjawab,
"Baby belum keluar.. nanti dah keluar 'Alawi main dengan dia yer.."
Tiada respon. Leka dia minum susu. Saya cuma menggeleng. Mimpi dapat baby agaknya.
Program Muar
Saya mahu membuat satu entry khas untuk program ini sebenarnya. Walau asalnya separuh hati mahu pergi, tapi seperti biasa, bila sudah 'wajib' pergi kerana tugas, saya ikhlaskan diri dan niatkan sahaja kerana Allah. InsyaAllah, penat itu hilang, ada kenangan manisnya dan yang penting dapat 'sesuatu' (bukan wang!.. kami tidak dibayar pun untuk program ini). Nantilah.. bila ada masa atau teringat saya cerita.
Takut bersalin?
Terus terang, walau sudah anak tiga, saya masih amat bimbang untuk melalui proses bersalin. Apabila sudah masuk minggu ke 38, rasa larat dan kuat itu seolah-olah tiada dalam diri. Harapkan semangat tanpa kudrat, saya pergi juga ke pejabat. Alhamdulillah kelas semua sudah habis, tinggal sisa-sisa kerja pentadbiran sedikit dan research (cadang mahu buat dalam cuti sahaja..). Saya juga menarik diri dari program Muar sabtu ini, dengan alasan.. bimbang terbersalin dan akan susahkan ramai orang pula. Berkali saya minta maaf dengan urusetia, kerana sewaktu proses memilih tarikh, saya yang baru 7 bulan waktu itu tidak berfikir tarikh yang dipilih adalah saat-saat kritikal untuk ibu mengandung! Apalah saya ni! Walaupun suami saya setia mengikut (hehheeh.. di'paksa'), tetapi harapkan semangat sahaja tanpa kudrat tidak memadai. Ini bukan program dengan pelajar universiti yang senang 'diuruskan".
9 bulan mengandung, bukanlah jangkawaktu yang 'indah' untuk seorang wanita. Sebab itu, saya sangat kecewa apabila ada yang berkata wanita mengandung itu pemalas, mengada-ngada, manja, etc.. pengalaman saya sendiri kali ini, 4 bulan pertama, perubahan hormon benar-benar mengganggu jadual harian saya. Saya jadi letih, tidak boleh makan sebarangan, asyik mengantuk dan macam-macam yang tidak menyenangkan. Loya-loya datang jika saya kurang makan atau lebih makan sampai saya pun tidak tahu hendak kawal makan macam mana. Alhamdulillah selepas itu, apabila badan sudah menerima, saya sudah boleh menjalani kehidupan biasa. Suami saya memang banyak sangat membantu, dari hal ehwal rumah sampailah anak-anak, Abanglah yang banyak uruskan --> Ada cerita sedih waktu ini. Sedih saya bila ditohmah macam-macam. Biarlah.. hanya Allah yang membalasnya. Saya sudah maafkan orangnya, cuma maaf, saya sukar sangat nak lupa. Apa yang dia 'kata' pada saya, sangat saya ingat sepatah-sepatah.
Masuk 5 bulan, saya sudah agak ok. Cuma selera makan seolah merudum. Sempat suami mengusik, kalau macam ni lah saya waktu tidak mengandung, mesti kurus punya.. heheheh. Tetapi ini bukan masa untuk diet. Malam kadang-kadang saya tidak makan apa pun.. makan tengahhari juga selalu saya miss. Harapkan sarapan sahaja..dan sedikit kuih sewaktu petang, saya bertahan sampai esoknya. Kerana ini, Hb saya juga jatuh merudum sehingga perlu ujian darah di hospital. Saya tidak bercerita pada Dr tidak lalu makan.. malas nak panjangkan cerita (dan panjangkan ceramah dia.. haha). Ini berlarutan sampai saya masuk 8 bulan.
8 bulan.. Alhamdulillah.. selera seperti biasa. Apa yang dilihat sedap sahaja.. :P Cuma badan yang bertambah kilonya menyukarkan pergerakan. Bekerja sebagai pensyarah yang tidak pandai duduk sahaja di meja, saya selalu hampir tidak boleh bergerak waktu malamnya. 'Alawi dan Aisyah paling gembira sebab boleh buat apa saja! Uikkksss.. dia tahu Ummunya tidak larat. Harap marah mulut saja.. Sampailah sekarang, pun begitu. Melompat sana-sini macam orang tidak reti berjalan. Melompattttt aje kerjanya.. hish..
Ini semua berbeza dengan pengalaman saya mengandungkan 'Alawi dan Aisyah, terutama Aisyah yang agak mudah saya semasa saya mengandung. Memanglah.. antara anak-anak pun pengalamannya berlainan, apatah lagi kita sesama wanita lain. Sebab itu, saya faham jika ada rakan-rakan saya yang tidak larat itu, tidak larat ini, tidak boleh itu, tidak boleh ini.. walaupun waktu kita mengandung kita boleh buat semua itu. Badan lain-lain.. bahagian lain-lain.. Allah mahu kita belajar menghormati orang lain.. :)
Begitu juga proses bersalin. Tidak semua mudah, tidak semua indah. Bahagian masing-masing.. Lepas bersalin juga rumit. Lagi rumit jika anak pula ada masalah.. semoga kali ini Allah mudahkanlah urusan kami. Amin..
3 comments:
betul tu banun...saya anak 1st dgn 2nd mmg ketara bezanya time ngandung...yg penting baby banun sihat banun pun sihat....nnt dh deliver bgtau ye :D
banun, mesto debor kan..heheh.gud luck. InsyaAllah mudah la nnt sbgaimana 1 dan 2 tuh.
yelah. kadang2 mmg la kena kata. tapi bila tgk2 balik, (ni bukan kes awak la..saya kenal awak) kalo b4 ngandung pun pemalas yg amat, bila ngandung dijadikan alasan tuk tak buat semuanya. Yg pelik, diri sekejap masak tak bule, tapi dok soping sakan berjam boleh plak..Pelik.tapi benar..
Betul kate awak dalam entry sebelum ni, dalam ketaklaratan tu, kalo kite rase itu tggjwab kite, kite pasti ade kudrat yg skit utk buat. yg penting MALAS atau RAJIN je. Cth solat subuh sini, tambah sejuk..kalo saya ngandung dulu, nak bangun dalam sejuk2 tu pun susah. Kononnya rase tak larat. Tapi bila kenang balik, itu tggjwab kite, dah kepayahan bangun juga. Bila dah bangun tu takde ape pun sgt. Tapi kalo dah MALAS, tak larat sentiasa jadikan alasan...
Tepuk dada, tanya iman. Mengandung bukan alasan utk tidak buat itu dan ini...
Mimi:
InsyaAllah.. akan ku sms kan detail.. heheh
Far:
Betul 3x
Nak harapkan suami buat semua melampaulah pulak.. lagipun Ustat selalu kata, spec saya tinggi sangat, kerja dia asyik tak lepas audit jer.. heheheh.. At last, buat aje sampai dah sakit pinggang sangat baru stop.
Tapi masa awal mengandung memang dugaan sangat. Ingat lagi, masa tu Ustat and anak2 demam + batuk + jangkitan kuman di kulit + ulse. Dan masa tu saya pulak tgh pening2 asyik nak muntah. Dan masa tu bulan puasa.. bayangkan betapa saya sangat rasa pressure dan serabut. Sedihnya.. dengan senang2 ada orang 'mengata dengan teruk --> depan2 kami' tanpa berfikir betapa kami semua survive sangat masa tuh (ceh.. macam teruk benor bunyinyer.. heheh). Alhamdulillah Ustat memang backing isterinyer.. sebab dia kenal isterinya macam mana kan..
Post a Comment