Saya tak tahu nak letak tajuk apa.
Handphone saya sebenarnya rosak. Lepas pantang hari tuh.. dah rosak sekali. Keypad yang rosak. Tak boleh baca mesej, tak boleh tulis mesej, tak boleh buat apa-apa pun. Satu-satunya key yang tak rosak adalah key on off. Untungnya telefon saya flip flap (betul ker istilah ni.. ahh lantaklah). Jadi kalau orang call saya angkat dengan cara tu, tak perlu tekan keypad kan. Saya pergi hantar kedai untuk baiki. Melayang 60 ringgit.. hehehhe. Oklah tuh.. bukan 600 ringgit kan. Tak sampai sebulan pun lagi.. saya tak boleh call pulak. Macam slow jer dengar. Mula-mula dengar slow, sekarang tak ada bunyi langsung. Tut.. tut.. pun tak ada. Macam tu juga kalau orang call saya. Sunyi sepi.. saya cuma boleh cakap "Telefon rosak! Sila tinggalkan mesej!" heheheh. Macam mesin. Kalau nombor tak kenal, saya memang tak angkat. nanti terkejut pulak kan.. nak kena mesej-mesej bagai.. Orang lain kata.. "Beli jer baru!". Ok.. sila sponsor :) Buat sementara tengah berfikir, saya pinjam telefon klasik suami saya. Kena tukar keypad dulu sebab dah satu huruf pun tak ada. Saya tak expert nak teka-teka key mana nak tekan untuk taip mesej nanti.. hahah!
Melalut panjang pulak pasal handphone rosak. Sebenarnya nak cerita.. oleh kerana handphone rosak, maka agak lama saya tak call Emak dan Ayah di kampung. Nak pinjam handphone suami, kreditnya diisi sikit-sikit. Tak puas nak berborak lama sikit. Hampir seminggu lebih (ke dua minggu?) saya silent. Biasa dalam 2,3 hari sekali saya pasti telefon kampung, tanya kabar dan bagi Ayah dan Emak berborak dengan cucu-cucu.
Dalam 2,3 hari ni saya rasa asyik tak sedap hati. Asyik nak marah.. buat itu salah, buat ini tak betul, nak kerja tak ada mood. Buat jugalah dalam paksaan. Kat rumah gerammm jer dengan karenah anak-anak. Sabar kena lebih, sebab lagi saya marah lagilah diorang buat macam-macam. Ditambah dengan kes selsema babi yang meningkat di kawasan universiti, kes di Malaysia juga semakin meningkat.. hmmmpphh.. iman yang kuat amat perlu untuk kita mengimani segala ini adalah bala dari Allah. Perlu perbaiki diri supaya lebih kuat dan perlu ada langkah berjaga-jaga untuk keluarga. Saya dah tak bawa anak-anak ke tempat-tempat awam. Biarlah buat sementara ini. Jadi, semalam dengan nekadnya saya minta suami topup juga 30 ringgit. Saya perlu bercakap dengan Emak saya. Hehehhe. Bila rasa susah hati, saya tahu mungkin saya telah buat Emak saya something. Alhamdulillah.. dapat bercakap dengan Emak.. berborak itu ini, sana sini, perasaan saya lega. No more rasa nak marah, pasal selsema babi tuh pun saya dah mula boleh rasional dan badan pun dah semangat nak buat kerja, kerja rumah maupun kerja pejabat. Itulah berkesannya terapi minda seorang 'ibu'.
Apabila perjalanan hidup ini rasa tidak kena, mahu menghadap Allah pun 'lemah'.. cek lah hubungan dengan ibu masing-masing. Seburuk-buruk mana pun, dialah ibu yang mengorbankan sepenuh jiwa raga untuk mengandung dan melahirkan anaknya. Ingatlah.. keredhaan Allah adalah bergantung kepada keredhaan ibu bapanya.. :)
4 comments:
betulla..saya yg jauh ni pun seminggu 1-2 kali jugak la phone umah. kadang2 dah pun call dalam minggu tu, tapi rase ati ni terasa mak ni tgh susah hati kot kat sane,then bile call perkara pertama die tanye..pesal lama tak call ni..lor..belum pun cukup seminggu call terdahulu. hehehe..saya kalo tak sedap hati, sedih secara tetiba..tu namanya seruan mak saya ler tu suh call..betulkan.
Saya tahu mak saya susah hati, saya kat sini boleh terasa. kadang2 bila call, mak kate takde ape2..tapi bila sisasat ngan adik,,ha mmg ade tuh..betulla naluri anak-ibu ni (dgn syarat anak tu rapat ler ngan ibu)..
kadang2 sayang duit bil nye pasal, takla di call nye org tua tu..padahal bukan luak sgt pun duit bil phone..keddekut la ngan mak kan, nnt sempitla rezeki kite ;)
This post has been removed by the author.
Yer.. ayat pertama ibu-ibu.. "Kenapa lama tak telefon?".. hehhe.. sama la Far.. padahal baru 2,3 hari lepas. Sama la jugak "Bila nak balik kampung?" walaupun baru jer minggu lepas balik dari kampung..
Esok-esok kita juga macam tu kot.. biler anak-anak dah besar.. tambah-tambah biler dah ada cucu :P
moral nyer..gunalah line celcom yg 1 + 5 tu...bila2 masa leh tel.byr rm5 jer sebulan....had ckp 20 jam/bulan, sms 1500/bln kalau lebih byr le....tak kan nak ckp 20 jam sebulan kot.....
Post a Comment