Sibuk nak bercerita juga lah kan.. hahah.. walaupun agak lambat, 'Alawi sudah mula mengaji. Aisyah pun sekali lah tapi budak kecil mengaji faham-faham lah yer.. hehehhe. Sebenarnya, dah lama saya nak ajar 'Alawi mengaji. Masa saya duk kampung dalam pantang, ingatkan dah boleh mula, tapi dengan Iqra' yang tak ada, dengan saya yang sibuk menguruskan si kecil, saya tangguhkan dulu. Lagipun saya tak berapa pandai nak ajar menggunakan kaedah Iqra' sebab tak tahu kaedahnyer lah kan. Cuma yang saya tahu, Iqra' ada 6.. hehehhe :P En hubby pandailah.. sebab memang ajar budak mengaji di masjid, tapi time dia tugas, saya juga yang kena ajar kan..
Saya pernah terfikir, tak boleh ke kalau saya ajar anak menggunakan kaedah zaman dulu, ngaji Muqaddam? Saya pernah tanya dengan suami, kenapa kena guna Iqra', bagus ke guna Iqra'? Suami saya kata memang guna Iqra', anak senang dapat dan lebih cepat progress compare to guna cara lama. Saya masa tu entahlah.. sebab saya belajar cara lama kan dan tak ada pengalaman dengan Iqra'. Jadi.. no komen. Entah kenapa saya agak keberatan mahu mengajar menggunakan Iqra'. Mungkin saya tak biasa kot.
Lalu satu hari (ni lepas habis pantang).. saya tengok mari mengaji Ust Zamri siri baru ni. Mereka
menggunakan kaedah Al-Matien untuk program tersebut. Buku tu ditulis oleh Ust Zamri juga. Saya pun macam tertarik atas beberapa perkara (first impression jer) :
1. Kulit depan macam cantik :P
2. Ada satu buku sahaja.. tak macam Iqra' ada 6 buah dan kebarangkalian nak hilang tinggi. (Tapi baru ni gi kedai Iqra' pun dah digabungkan 6in1)
3. Sebab Ust Zamri yang tulis.. heheheh
Maka saya pun mulalah menggoogle.. tengok harga sebenarnya dan tengok nak beli di mana. Alhamdulillah.. harga hanyalah RM17 dan boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih.
Makanya saya setelah beberapa kali bertangguh dan terlupa, pergilah mencari buku Al-Matien. Masa baca review di internet, dikatakan kaedah Al-Matien ni gabungan kaedah lama (Muqaddam) dan baru (Iqra'). Saya yang masih blur, dengan rela hati juga membelilah 2 buah buku kaedah ini.. satu untuk 'Alawi dan satu untuk 'Aisyah. Kalau beli satu nanti bergaduh satu kerja pulak lah kan. Dan bila buku dah berada di tangan, barulah saya faham.. segala kaedah mengaji yang selama ini saya tak faham.. hahahah.. apa lah aku nih.Muqaddam: Kenal huruf, then mengeja.. lepas tu baru masuk surah-surah lazim.
Iqra' : Tak perlu kenal huruf, tak perlu mengeja. Cuma sebut secara berulang sampai pandai.
Kaedah Al-Matien: Gabungan dua kaedah ni.. Kenal huruf, kemudian bila dah kenal tak perlu eja.. boleh terus sebut ejaan. Dengan syarat, mesti betul-betul kenal huruf.
Alhamdulillah, saya sendiri rasa selesa dengan kaedah Al-Matien ini. Sebab dulu saya mula belajar dengan mengenal huruf-huruf Hijaiyah ni dulu baru lah kepada sebutannya. Kalau Iqra' nak terus baca macam tak kena dengan saya.. ini hanya pandangan saya lah. Maka secara rasminya sekarang 'Alawi saya sudah ajar mengenal huruf. Walaupun dalam proses mengaji tu 2,3 kali merajuk sebab Ummi garang heheheh.. tapi Alhamdulillah, so far so good. Bila suami saya ada, dia yang ajarlah. Masa belajar.. bila-bila free. Hari kerja of course lepas waktu Maghrib lah kan.. hari cuti, kadang-kadang pukul 10 pagi sebab masa tu agak free. Aisyah pun mengaji sekali TAPI aiseh.. kita tanya dia huruf apa.. dia tanya semula segala jenis huruf yang belum ajar pun lagi.. tak apalah.. anak saya yang tu baru jer 2 tahun 8 bulan.. bercakap pun tak telus lagi :D Rifaie tukang gelak jer lah ekkk..
Nota Ummi: Seronok tengok tumbesaran anak-anak :)
2 comments:
oh..alhamdulilah dah mengaji. Saya guna iqra (6in1) tuk anak sulung. Beli siap2 sblm ke sini dulu. Iqra mmg cepat la. Sbb sebut berulang2 kan. Boleh la budak tangkap cepat.
si kecik cuma tahu sebut ba! ba! ba! yg kakak plak pelat lagi kan..ta..sa..ala2 mcm sama jer cuma bila nak sebut tu tgk muka kite sambil ejas mulut sblm keluar bunyi tu..ehe.
Yg kesalnya saya lah malas nak ngaja. Kadang2 letih kan..tu yg bukak je cd/youtube alif ba ta. At least kenal huruf jugak si kakak ni..
Harap2 dpt la berterusan ngaji..
Dulu-dulu memang saya duk buka youtube alif ba ta tuh.. sampai sekarang kalau nak ngaji bila dah boring-boring saya nyanyikan ajer.. hehehhe..
Post a Comment