Bismillah..
Alhamdulillah.. diluar gelap menandakan hari mahu hujan, insyaAllah.. Semua kanak-kanak dan bapak kanak-kanak tidur yer.. maka Ummi kanak-kanak mahu update blog.. ekekeke..
Saya mempunyai adik-beradik yang boleh dikira ramai. Saya anak sulung dari 9 beradik, yang mana jika saya beritahu kawan-kawan sekarang (yang bertanya) masing-masing tidak percaya. Entah kenapa saya pun tidak tahu. Kesuburan Emak nampaknya diwarisi oleh saya ;D
Oleh kerana bilangan kami yang ramai, ada masa kami selalu berborak bersama. Sehingga sekarang, apabila saya pulang ke kampung dan adik-beradik lain juga ada, kami akan duduk sama-sama, berbual.. Sebab itu Emak dan Ayah cukup terasa apabila masing-masing anaknya kembali semula ke rumah sendiri atau ke asrama. Sekarang yang tinggal di rumah hanyalah adik yang tingkatan 6 dan tingkatan 5 serta adik saya yang ke empat yang bekerja berhampiran rumah Emak. Yang lain masing-masing sudah kerja dan ada yang masih belajar. Bertaburan merata Malaysia.
Satu hari, semasa masih muda belia (hehheheh) kami duduk sama-sama berbual-bual. Biasanya kalau hari hujan, atau masa blackout kami lagilah seronok berbual. Agaknya sebab itu saya jarang dapat tidur semasa hujan. Sudah terbiasa. Saya tiba-tiba bertanya pada adik-adik..
"Kalaulah korang diberi peluang, korang nak jadi sapa?"
Adik-adik saya mulanya terdiam. Berfikir agaknya. Saya sudah lupa adik saya yang mana terlibat dalam perbualan ini. Yang saya ingat adik ke tujuh (perempuan) menjawab, dia mahu jadi seperti adik saya yang bongsu, putih.. cantik.. rambut kerinting.. hahahah! Kami gelak. Adik bongsu saya terpinga-pinga kerana ketika itu dia masih kecil.. sekitar 3 atau 4 tahun sedangkan kakaknya baru juga 5 tahun. Akal budak-budak. Kemudian adik saya yang ke empat pula menyampuk, dia mahu menjadi seperti model *** (tak ingat nama). Kurus, cantik, boleh kahwin dengan anak raja.. hahahhh! Kami gelak lagi.. sungguh tidak ada kerja kami waktu itu. Nak jadi macam siapa pun dijadikan topik. Semuanya nak cantik pulak tuh..
"Kakak pulak nak jadi macam siapa?" Tanya adik saya.
Saya diam. Siapa yer?
"Tak nak jadi sapa-sapalah.. nak jadi Akak sendiri. Cuma nak kurus sikit jer.."
Hahahah! Kami gelak lagi. Jawapan bagi orang yang sudah berakal :) Agak-agaknya jika saya tanya mereka sekarang, apa agaknya jawapannya yer?
Sungguh, saya tidak pernah teringin menjadi sesiapa. Saya cuma mengagumi kejayaan orang lain, tetapi tidak pernah teringin menjadi orang itu. Perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Anak biasa dari kampung, kemudian berpeluang ke asrama seawal 13 tahun.. dewasa di asrama, pindah ke MRSM pada tingkatan 4, kemudian masuk universiti, kemudian berpeluang sambung master, kemudian kerja, dan kahwin dan dapat anak, dapat anak dan dapat anak, kemudia bla.. bla.. bla.. sebagaimana pengalaman 'orang kebanyakan'. Tetapi, saya tetap berasa, syukurnya Allah menganugerahkan kehidupan ini. Nampak mudah, hakikatnya hanya Allah yang tahu bagaimana rasa susah payah mahu mencapainya. Mahu melawan hawa nafsu sendiri, sudah bukan main susah.
Gembiralah menjadi diri kita, walau tidak sehebat orang lain, namun kita masih diberi peluang selagi belum meninggalkan dunia ini. Buatlah sesuatu jika mahu hebat disisiNya (pesanan untuk diri sendiri).
Nota Ummi: Mode - Membaca buku Travelog Haji.. saya terasa mahu ke sana..
4 comments:
Banun yg saya kenal adalah banun yg saya suka kenal ehehehe...
hahahahha.. apa tu Mimi?
senorita...seronok akak baca artikel nie...org sekarang jarang² yg ada ramai anak...
Yer la.. dah jarang yang sanggup bersalin ramai2, but quality is most important than quantity.
Ada hikmahnya kot.. sebab zaman sekarang lagi dahsyat nak besarkan anak-anak compare to dulu..
Post a Comment