Pages

14 August 2009

Cuti

Bismillah..

Pelajar sudah dibenarkan pulang sejak rabu dengan short notice. Cuti yang sepatutnya bermula sabtu (esok) diawalkan 3 hari, sebaik sahaja berakhirnya majlis konvokesyen isnin lepas. Sempat juga saya melunaskan kuliah pada pagi selasa.. "Kita cuti mula esokkan.. " Ujar saya disambut jelingan ala-ala tak ada mood pelajar. Hahah!.. saya perlu habiskan bab kedua, supaya apabila naik cuti saya boleh mula masuk bab ketiga, tak perlu terhegeh-hegeh menghabiskan saki baki yang ada.

Staf? Kami masih disini, bekerja. Tiada cuti free diberi.. hehehhe.. mau cuti mohon sendiri. Maka 3 hari yang agak free sebab tidak sibuk-sibuk nak ke kuliah, saya gunakan untuk menguruskan nota yang ada tak ada ini. Apabila diminta mengajar matapelajaran yang sudah berkurun ditinggalkan, maka saya asyik-asyik perlu membuat nota. Kali ini, nota zaman dulu sudah ada, tetapi nota bercetak. Saya bertungkus-lumus pula menyiapkan power point. Tak sedap pula mahu ke kelas dengan lenggang kangkung tiada bahan.. :) Masalahnya bila tiada pelajar, serba serbi dibuat lambat.. buat nota pun lemah lembut.. kuikuikui.. Siap update blog pulak tu.. :P Maklumlah, minggu depan pelajar masih cuti lagi..

Maka, pada hari ini tiba-tiba dapat email.. "Anda diwajibkan hadir ke kursus methodologi bla bla bla.. pada 17 - 21 Ogos di bla bla bla.. pada jam 8.00 pg - 5.00 ptg" Uwaaaaaa.. nota tak siap lagi, soalan tak buat lagi, itu tak buat lagi, ini tak buat lagi, tak ready lagi untuk audit, bla bla bla.. Ok.. moral of the story.. ingatlah waktu lapang sebelum datangnya sibuk.. Mari memulun kerja.. :D

3 comments:

Ibu Aunis said...

hehe..tulah. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. ;)

Aku_tulip said...

heheheh.....

senorita_2012 said...

Yer kawan-kawan.. bener sekali.. haha!