Pages

13 August 2009

Motivasi diri

Bismillah..

Walaupun sudah tua (saya suka merasa diri tua, supaya saya ingat makin hari saya makin hampir kepada KEMATIAN), ada masa-masanya diri ini amat kurang motivasi. Maklumlah.. berada diantara proses matang dan tidak, dengan kesibukan bekerja dan kesibukan menguruskan rumahtangga membuatkan saya sangat down bila perancangan harian tidak dapat dipenuhi (contoh: bangun lewat.. 5.30am amat lewat bagi saya!, baju tidak dapat dilipat, nota kuliah tidak siap.. ). Kegemaran utama saya - mengemas rumah, terpaksa menjadi kerja sampingan di hari minggu. Setiap hari hanya sapu mana yang patut dan lap mana yang perlu.. hari minggu baru boleh beria-ia mop lantai. Walau jadual kerja saya fleksible, saya tidak mahu lambat ke pejabat kerana ia akan memberi kesan kepada macam-macam perkara.

Oleh kerana itu, saya mencari-cari apa sahaja yang boleh memotivasikan diri saya. Ia mungkin tidak penting bagi orang lain, tetapi amat bermakna bagi insan kerdil seperti saya. Dari zaman saya belajar lagi, selain doa Emak dan Ayah, saya memerlukan kata-kata semangat dari orang-orang yang berjaya. Rupa-rupanya ia tidak terhenti sehingga saya bekerja, berkahwin seterusnya mempunyai anak.

Mahu ke kem motivasi? Saya tiada masa untuk itu kini. Saya di'ikat' oleh anak saya yang masih menyusu badan. Maka, melalui internet saya mencari-cari blog/laman web yang apabila saya baca, boleh menaikkan semangat saya. Maka, blog list yang saya ada, selain rakan-rakan, ia adalah blog yang saya baca untuk menaikkan motivasi diri. Jika ada yang tersesat disini dan blognya tiba-tiba ada didalam blog list saya, saya mohon halalkan kerana kadang-kadang saya lupa sama ada sudah minta izin atau belum. Cubalah melawat blog mereka.. insyaAllah ada sesuatu yang boleh dikongsikan di sana. Salah satu blog yang saya suka baca, dan baru kini saya tambah didalam blog list adalah blog penulis Travelog Haji, Prof Muhd Kamil. Buku beliau saya telah lama idam-idamkan dan akhirnya saya beli juga melalui PTS online. InsyaAllah akan tiba dalam masa terdekat. Better late than never.. heheheh. Dan Alhamdulillah, apabila dibaca-baca, rupa-rupanya beliau juga menjemput penceramah-penceramah ahli sunnah wal jamaah yang suami saya kenali (suami saya sangat selected dalam memilih penceramah agama). Maka saya tidak gusar untuk mengikuti peribadi beliau :) Saya selalu berkata pada suami, bukan saya tidak mahu membaca kitab-kitab biografi ulama'-ulama' Islam yang suami saya ada, tetapi bahasa yang terlalu tinggi membuatkan saya tidak boleh memahami dan mendalami. Saya kan orang 'biasa-biasa' saja.. ahaksss.. Ditambah lagi Prof ini sealiran kerjayanya dengan saya.. saya memerlukan motivasi untuk bekerja bukan kerana pangkat dan harta, tapi keranaNya.. insyaAllah.. dan suami saya amat meng'ia'kan kata-kata isterinya yang over emosional pulak dipagi hari.. hahahah..

5 comments:

Ibu Aunis said...

prof mohd kamil tu genius. Buat phd pun macam sambil2 main jer. Dr dulu die mmg pandai jer..tu yg ada kawan ikut motivasi die before ke UK sgt teruja. Tapi tulah lain org,lain pendekatan yg sesuai. Apepun, kadang2 kite perlukan rangsangan yg lain utk bangkit! ehe..;)

Ibu Aunis said...

ops lupa..banun, kalo tak mop umah satu hari tak boleh ker...hahaha...asik2 mop2 jew. Huh sejibik mcm suamiku dulu. Balik2 keje tgh2 mlm tuh..bukan makan dulu..bukak baju, ha ngan kitchen towel dia 'mop' tau..aduh..dari depan ke dapur tuh..saya pun tak paham la spesis cam korang ni.

seb baik kapet semua kat sini..tapi habit lain plak dah dibuatnye..mengutip ngan tangan setiap habuks..hmmm...lalu je ade je tangan tu sambil mengutip..

tak paham ler. Tak penat ke ek? ;)

senorita_2012 said...

Far, 'genius' is another story.. yg penting 'matlamat' dia tuh.. heheheh. Nak ikut 'genius' tu macam mustahil sebab gifted kan.. :)

Bersyukurlah dapat husband yang rajin camtuh.. hahahah. Saya pun suka kutip2 menda atas karpet.. macam satu kepuasan dapat tengok lantai bersihhhh jer. Tak bleh nak elaborate.. tapi skang dah tak sempat, kot sibuk nak bersih lantai 3 babies tuh tertonggeng plak kang.. dah la si kecik tuh dah mula pandai tarik badan. Duk atas katil asyik terlepas ke tepi katil jer.. tak tengok mau terjun tiruk kang.. haha..

Aku_tulip said...

senorita...akak memang suka cara penyampaian Prof Kamil....bila baca tu bole tergerak hati nk mencontohi dia (berangan jer nie)...mudah² di permudahkan

senorita_2012 said...

Yer.. beliau menulis dari hati.. menyampaikan dari hati.. :)