Pages

24 August 2009

Ujian Ramadhan

Bismillah..

Ramadhan, bulan yang dirindui oleh umat Islam. Semoga tahun ini saya dan suami dapat keberkatan dari bulan yang mulia ini. Tahun lepas, di awal Ramadhan, kami diuji dengan 'Alawi dan Aisyah yang sakit tiba-tiba tidak tahu punca. Habis bintik-bintik badan dan bengkak gusi. Hampir seminggu lebih mereka sakit, disambung pula dengan ayahnya. Saya pula sedang mabuk-mabuk mengandungkan Rifaie. Hanya Allah yang tahu betapa amatlah leganya hati saya apabila kesihatan mereka kembali kepada sediakala.. Alhamdulillah..

Tahun ini? Sekali lagi Allah mahu menguji. 'Alawi dan Aisyah sakit lagi bermula semalam. Kali ini seluruh badan seperti terkena demam campak. Apabila ke klinik, dr sahkan itu bukan campak. Sekali lagi sakit yang tidak diketahui. Lagi saya susah hati, badan mereka gatal-gatal. Saya pula sedang bergelut mahu membuat nota dan proposal yang perlu dibentangkan hari khamis depan. Semoga Allah memberi kekuatan. Nampaknya esok, saya terpaksa cuti untuk membawa mereka ke klinik pakar kanak-kanak.

Nota Ummi: Dah lama tak stay up untuk buat kerja pejabat + study.. huhuhu.. ku mahu tidurrr..

2 comments:

Ibu Aunis said...

kenape ye banun? adakah itu sakit kanak2 yg biasa pada lahiriahnye atau...???

Apapun, moga banun dan keluarga bersabar dengan ujian. Nampaknye ujian2 yg banun dan suami terima meningkatkan lagi taraf iman awak yer..

senorita_2012 said...

sakit biasa.. tapi bkn demam, batuk, selsema.. habis gatal2 satu bdn.. pastu dia kering dan menggelupas.. sekali tgk mcm melecur kulit bdk2 tuh.. mcm bsalin kulit pulak.. insyaAllah tak ada mistik.. hehehe..

taraf iman meningkat atau tak.. wallahua'lam.. haha..