Pages

30 August 2009

Beberapa yang baru selesai..

Bismillah..

Alhamdulillah.. saya masih diberi nikmat untuk berpuasa sehingga ke hari ini. Alhamdulillah juga susu tidaklah terjejas mana, kena set in mind puasa tak mengganggu susu heheheh. Cuma, bekalan makin kurang sebab masa mengepam yang sangat-sangat terhad.

Khamis lepas.. selesai sudah pembentangan untuk proposal olok-olok PhD. Since olok-olok.. saya yang memang tak sempat bangat ambil sahaja proposal yang saya buat untuk grant jangka pendek. Anak saya sakit hampir seminggu. Tak boleh nak hantar nursery sebab takut berjangkit dengan kawan-kawan lain. Saya terpaksa cuti sehingga rabu sebab suami ada meeting, meeting dan meeting. Khamis, saya minta suami cuti dan si kecil sahaja dihantar ke nursery (dia aja yang tak kena gatal-gatal-Alhamdulillah). 3 hari di rumah, apa sangatlah yang saya boleh buat dengan persediaan untuk present hari khamis, tapi saya pergi juga sebab nanti sia-sia saya kursus seminggu, sijil tak dapat. Sijil kursus metodologi penting untuk mohon biasiswa SLAB/SLAI bagi cuti belajar nanti. Dan Alhamdulillah.. saya kena dengan fasi yang sangat membantu dan baik.. walau dah ada 'Prof' dan dia adalah dekan saya kuikuikui.. kira lepas la untuk kursus tu insyaAllah.. moga-moga tiada masalah berbangkit.. eheheh.. --> ok.. tajuk tuh tak sesuai sebab dia nak ada kaitan ngan U. Itu mujur saya buat application, kalau saya buat teori Math? Hahhaha.. laaaggiiii reject kot sebab fasi ni orang engineering.. kekekek..

Mengingat masa-masa sebelum membentang, dengan anak-anak yang sakit, dengan suami yang kerja siang dan malam pula balik lambat (musim Ramadhan-tadarrus Al-Quran), kadang-kadang cecah pukul 11 baru balik, saya rasa ini baru 1/1000 dari dugaan-dugaan masa sambung PhD nanti. Allah bagi saya rasa sedikit, supaya saya lebih bersedia.. Walau asalnya saya macam nak marah sebab nama dimasukkan ke dalam kursus metodologi (biasa siapa yang mahu ke kursus ni kena mohon dan mereka adalah mereka yang sudah pasti ada tempat untuk sambung belajar), tapi at the end of the day.. saya tahu pasti ada hikmahnya.

Hari ni.. Ahad.. huhuhu.. petang karang nak kena jaga exam pulak. Alahai.. cuti-cuti ni kena ke U, beratnya rasa..

1 comment:

Ibu Aunis said...

betul!betul!betul! heheh..tu ciiipuuuuuttttttttttt je kalo nak bandingkan dugaan phd. hehe..tapi masing2 jalannya berbeza2.

Nak wat phd ni kena physically and mentally prepared. menda tak tahu takpe, mmg semua akan kena belaja semula..Kalo ok yg ni, insyaAllah.Bole. Tapi dah namanya manusia, akan tiba satu hari terpeleot jugak, cuma doa yg tak putus dan redha ngan segala ujian saje yg menyelamatkan keadaan darurat nnt. ;) Apapun best belaja dr keje! meh2..ahaks! (saya pun tak tentu lagi, pandai nasihat org kan..;))