Rasa nak tulis mengenai Facebook lepas baca artikel dalam Saifulislam.Com. Rujuk sini.
Saya mengenali Facebook ini sudah agak lama, sekitar awal-awal Facebook di Malaysia lah kot (2007). Masa tu saya di invite oleh rakan untuk daftar akaun Facebook. Tetapi, memandangkan tidak ramai yang menyertai, akaun saya diam membisu dan seolah-olah lupa pula ada Facebook di alam maya ni. Tetapi lebih-lebih kurang tahun lepas, Facebook mula bernyawa semula selepas satu demi satu rakan mula create akaun masing-masing. Bagaimanapun akaun saya gitu-gitu ajer (sampai sekarang pun) tanpa ada banyak gambar yang diupload. Saya memang tak rajin upload gambar.. hahah! Tambah meriah, bila bertemu pula rakan-rakan sekolah lama, melihat masing-masing ceria bersama suami/isteri dan anak-anak, ada pula yang masih single, ada pula yang begitu begini :) saya jadi gembira pula ada Facebook.
Kini, Facebook merupakan antara yang pertama saya akan lawati setiap hari. Sampai satu masa saya terpaksa pula menghalang diri sendiri untuk membuka Facebook dalam waktu pejabat kerana sangat melekakan lah.. sama macam blog dulu-dulu, saya suka melawat blog orang lain sehingga agak melekakan dan mengambil masa yang sepatutnya saya guna untuk kerja. Jadi, hari-hari sekarang ini, saya puas juga bertekad untuk "jangan buka Facebook" time kerja walau ada juga terbabasnya terutama bila waktu petang di mana otakku sudah tepu..
Saya agak selektif dalam memilih rakan di dalam Facebook. Bukan sebarangan "add", sebab saya tak rajin nak mencari rakan lain.. rakan yang ada pun tak terjaga.. :P Mungkin ada sorang dua tersesat sebab saya ingatkan kawanku.. hehehhe.. tak apalah.. (tapi blog breastfeeding saya ramai kawan lain, sebab jadi sumber inspirasi.. seksa woi nak fully breastfeed kalau sorang-sorang jer bersemangat).
Rasanya benar saranan Ustaz Hasrizal, buang sahaja application yang menyemakkan.. buang games yang tak berfaedah (kata saya).. Pasal games ni betul lah.. saya jarang menulis di Facebook, tapi saya suka main games.. kenapa yer?
1. Saya memang suka main games, cuma apabila bekerja dan telah berkahwin dan sudah ada anak, minat tu kurang. Sebab utama, ada perkara lain yang perlu saya beri perhatian.
2. Games Facebook cantik-cantik dan comel-comel. (Boleh gitu?)
3. Ada sedikit interaksi dengan kawan-kawan.. tolong siram pokok, tolong curi tanaman, tolong halau burung, boleh hantar gift.. (tertakluk pada games yang saya main aje la..)
Kadang-kadang rasa tak logik nak addicted games macam tu.. jadi atas rasa kewajaran, saya buang juga semua games dan insyaAllah saya tidak mahu main lagi.. tak perlu pun.. tinggal satu --> Farmville hehehhe.. time boring boleh main, lagipun kalau tanam pokok yang ambil masa sampai 4 hari nak hidup, tak perlu lawat tiap hari kan.. (apa-apa lah).
Bagus juga ada artikel tu. Menyedarkan saya yang memang telah lama sedar tapi buat-buat tak sedar untuk mengatasi penyakit menyukai perkara-perkara laghaa begini. Semoga setiap yang kita lakukan ada manfaatnya.. Aminn..
Nota Ummi: Bahasa saya makin hancur hari ke hari.. susah juga nak tulis bahasa persuratan melayu yer.. :)
1 comment:
tak smepat baca lagi dr blog saifulislam tu lagi, but saya mmg setuju bila bercakap pasal games facebook ni..sbb tu saya bertekad tidak memulakan ape2 games pun. Kuiz sengal pun saya dah mula berjinak disebabkan menunggu masa buka pose. Dah takde keje lain la..setakat 2 minit jwb kuiz yg saya rasekan tak ape2lah..tapi bila mane kena kuiz2 yg sengal dan membuang masa serta tak bg ape2 faedah pun, membuatkan sya memilih. Tpi kadang2 ter layan jugak yg sengal bengal ni..
Kebun? lagi la saya tak mau layan..hahaha....karang jadi kemaruk plak..heheh...takpelah..sebenarnya ape2 pun baik jika kite tidak mengabaikan perkara yg perlu diutamakan kan. Membca bukupun boleh jadi lagha kalo kite sampai tak ingt tggjwab lain..so, semuanya depends on ourself. Kite yg menjdikan ianya lagha ataupun tidak..
apepun, sentiasa la kite ingt mengingati kan..Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin yer..selamat pulang ke kg..mane2 pun ye..;)
Post a Comment