Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Medela FS yang saya tunggu dah sampai. Jap. (Mencari-cari kamera). Mana pulak ku letak kamera nih? Hmmm.. nanti lah saya update gambar.
Pam ini sampai pada waktu yang amat kritikal. Stok saya benar-benar habis, dan Rifaie semakin bertambah-tambah menyusu. Ada sampai satu masa pengasuh nursery minta saya sediakan susu formula, bimbang terputus susu. Saya dengan berat hati meminta suami belikan, saya tidak sanggup ke kedai membelikan dan melihat tin susu tersebut. Saya cuma sebut, belikan Isomil jer.. Tetapi mungkin bukan rezeki Rifaie untuk minum susu formula lagi, suami pula tidak sempat-sempat ke kedai. Maklumlah.. bulan Ramadhan rasanya rata-rata berkejar macam-macam urusan kan. Jadi lepas balik kerja, tak sempat juga sebab saya perlu cepat untuk masak. Malam tu lepas terawih jangan mimpilah.. kedai dah tutup. Hari kerja, suami sibuk mengutip zakat. Rehat tengahhari pun orang duk bayar zakat. Maka beberapa hari saya cuba bertahan, sementara tunggu FS sampai. Pam bila sempat! Setiap hari susu yang saya bekalkan tidak berbaki. Rifaie minum 8x2oz sehari dan saya cuma dapat pump dalam 6x2oz sahaja.
FS sampai hari jumaat, saya tiada di rumah. Esoknya, barulah GDEX deliver semula. Tak sabar-sabar saya mencuba dan Alhamdulillah.. walaupun banyak partnya, saya mudah menyesuaikan diri. Suami pula memberi sokongan penuh.. tolong jaga anak, tolong kawal anak yang besar yang begitu excited melihat part yang banyak! Dan Alhamdulillah.. hasilnya 2 kali ganda. Bukanlah FS boleh meningkatkan susu, cuma saya amat terasa keberkesanannya sebab selama ini saya hanya guna Medela Harmony yang mengambil masa saya untuk mengepam. Saya membiasakan diri menggunakan free style, memang mudah.. dan saya boleh mengepam sambil menanda kertas, menaip etc. Tambah-tambah rakan sebilik cuti bersalin, berseorangan di pejabat memang memudahkan saya untuk mengepam :) Alhamdulillah juga.. igauan ngeri tak cukup susu, berlalu bersama angin.. huhuhu..
FS sebenarnya membantu membanyakkan susu dengan menambah kemudahan untuk mengepam dan meningkatkan kekerapan mengepam. Bulan puasa, saya tak terjaga waktu malam, sebab mengantuknya dah bangun awal sangat. Di rumah saya sukar mahu konsisten mengepam sebab kelam kelibut dengan anak-anak dan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Tambah Ramadhan suami balik lambatnyalah.. lepas terawih.. Saya cuma harap saya dapat mengikut jadual yang saya telah lama sediakan.. dengan konsisten lepas raya ni.. Aminnn..
3 comments:
bestkan fs..
all the best!!
alhamdulillah...mudah²an susu tu banyak semula....insya'allah
Yer.. amin.. setakat ni, susu dah stabil dan agak bertambah.. :) Stok tak banyak tapi tak seteruk hari tuh.. haha!
Post a Comment