Raya dah hampir. Jangan lupa.. bulan rahmat ini juga bakal berlalu. Tinggal 2 hari sahaja untuk berpuasa Ramadhan.
Raya tahun ini, giliran suamiku yang amat memahami (ni kes semalam ngeh.. ngeh.. siap dapat Pizza tuh!) untuk bertugas. Maka, kami akan beraya di rumah kami di Sri Gading dulu sehingga raya ke 3, then raya ke 4 balik Nogoghi dan raya ke 6 baru balik Pahang. Sejak pindah tahun lepas, ini kali pertama sambut Aidilfitri di rumah sendiri. Raya Aidiladha dah rasa, siap kami ke Carrefour lepas solat raya. Raya kali ni? Kami plan nak ke rumah macam-macam orang.. kita tengok apa jadi hari raya nanti yerrr.. heheheh.. Hampir 5 tahun berkahwin (counting for our 5th anniversary on 26th september!), saya sudah tidak hairan tidak berhari raya dengan keluarga.. mungkin masih dalam Malaysia jadi tidaklah terasa mana.. :)
Biasalah.. apabila hampir raya, operasi mengemas bagai nak rak pun dimulakan. Ooohhh lamanya saya tak deco deco rumah sendiri. Hobi nan satu ini sudah lama saya tinggalkan sejak mula mengandungkan Rifaie. Dulu-dulu, boleh juga saya mengemas rumah di malam hari. Sekarang?? Tidak lagi.. tunggu pagi baru saya larat. Mungkin apabila Rifaie sudah menjejak usia 2 tahun, sudah bercerai susu badan barulah boleh saya hias apa-apa yang patut sungguh-sungguh. Pssstttt pasu saya baru sahaja pecah minggu lepas.. huhuhu.. satu-satunya pasu bunga yang ada.. kekekek.. Suami saya kata, anak kecik tak payah beranganlah nak berbunga-bunga bagai.. Saya pelik kenapa Aisyah suka sangat main celah-celah bunga saya? Siap nyanyi-nyanyi ala-ala cerita P Ramlee. Akhirnya jatuh juga bunga tu dengan pasu-pasu sekali! Isk.. isk..
Hari ini, projek pertama.. kemas master bedroom.. hmmm.. anak-anak saya pos ke nursery dulu. Terpaksa kalau tak sampai bila-bila tak siap. Dengar macam senang tapi itulah yang paling susah. Dalam banyak-banyak ruang dalam rumah, master bedroom paling banyak barang + paling banyak perabot + paling banyak habuk + ... Jadi, kemas bilik tu dulu noooo.. Saya kalau tak mengalih perabot, tak nama kemas yer.. setakat sapu-sapu itu kami panggil 'menyapu' jer.. hehehe.. Maka susah payahlah saya alih sana-sini, ubah itu ini, siap! Saya mengemas rumah untuk keselesaan saya. Maka walaupun ruang itu tidak dilihat tetamu pun, saya tetap mengemas sungguh-sungguh.
Komen 'Alawi: Ummi, tak lawalah! Huhuhuhuuh.. pengomen tegar anak aku sorang tuh!
Malas layan. Lain kali saya ubah la.. Esok nak kemas ruang lain. InsyaAllah tak sesukar master bedroom.. :0
Progress Rifaie: Sudah mula tarik badan. Yahooo! Dapat tukang mop baru! Kekekek..
SELAMAT HARI RAYA.. Mohon Maaf Salah Silap.. Pada yang tersesat dan rasa tuan blog mengarut.. abaikan.. sila jangan baca.. :D Saya memang suka sangat jadi tukang karut. Lebih mudah dari menampal gambar.. haha! Oklah.. semoga selamat semuanya..
No comments:
Post a Comment