Alhamdulillah.. 1 Syawal berlalu dengan selamatnya. Bagi kami sekeluarga, 1 Syawal tahun ini amat bermakna dengan bertambahnya ahli baru
Balik masjid agak lambat, makan-makan dulu.. dalam pukul 10++ baru nak beraya. Kami sempat beraya sebuah rumah (haha! apa-apa tah), lepas tu bergegas ke Wellward beli sedikit barang, dah pukul 12++. Ingatkan nak beraya lagi, tapi saya sebenarnya sakit kepala. Gara-gara bangun 2.30am nak masak rendang dan rebus ketupat segera, nak kemas rumah sikit-sikit, macam biasa bila tidur tak cukup PASTI sakit kepala sebelah. Seksa betoi! Lagipun di Malaysia ni cuaca panas gedegang.. dengan anak-anak yang berbaju melayu dan baju kurung (rimas tengok!), kami ambil keputusan balik je lah. Esok-esok insyaAllah baru raya. Baru sahaja masuk rumah, datang pula kanak-kanak nak beraya. Layan je lah.. lepas makan sikit.. minum.. bagi duit raya, mereka pun balik. Suami nak ke masjid untuk Zuhur. Saya angkut anak-anak ke atas, salin baju salin pampers -------->> TIDO! Entah orang datang pun saya tak sedar. Petang ingatkan nak keluar lagi, tapi saya tengok Rifaie macam letih sangat. Agaknya lama berpanas di luar, orang dewasa tak larat apatah lagi baby kannn.. Kepala saya pun masih berdenyut.. Sebenarnya nak berjalan saya agak malas sebab leceh.. jalan kejap, berkejar nak balik sebab suami nak ke masjid. Jadi kalau setakat sela antara Zuhur, 'Asar dan Maghrib, buang masa nak bersiap jer.. baru selangkah dua dah kena balik. tak payahler.. heheheh..
Menu hari raya pertama, menu biasa saya di kampung, ketupat (segera jer) dan rendang. Ingat nak buat kuah lodeh tapi dah dapat masak rendang pun syukur. Kalau Far dibantu oleh Aunis, saya pula dibantu oleh 'Alawi, Aisyah dan tukang sorak, Rifaie. Maka bagi mengelakkan pembantu-pembantu saya keletihan, terpaksalah masak masa mereka semua lena dibuai mimpi. kalau tak tah apa jadi kat rendang tu pun saya tak tau.
Telefon emak di pagi hari, sedih rasa bila emak cakap Kakngah pun tak balik. Petang raya baru balik. Huhuhu.. rasa nak balik kampung jer ngan anak-anak dulu. Tapi, tempat seorang isteri kan disisi suami. Nanti makan apalah suamiku ni.. Suka saya tengok dia makan rendang entah berapa kali tah. Walaupun di masjid lepas solat ada makanan, tapi air tangan isteri ni lain.. kan? kan? Anak-anak juga sukakan rendang. Tapi anak-anak saya memang suka makan makanan berasaskan kelapa. Lemak-lemak gitu. Bahaya betul! Kalau saya masak sup.. jarang sangat mereka nak makan beria-ia. Tapi kot masak lemak cili api (tak pedas sangat..), kari ker.. masak lemak putih malahan.. amboi mak!! bertambah-tambah. Siap berebut. Tapi saya kurangkan. Bahaya lah. Tak pun saya masak agak cair.. kira kalau sepatutnya pakai sebiji kelapa, saya buat 1/2 biji jer..
Panjang pulak entry ni. Saya dah tak mengantuk. Tidur overdose.. haha! Oklah.. SELAMAT HARI RAYA! raya tu raya juga, jangan tinggal solat nooo..
No comments:
Post a Comment