Petang tadi, just sent a parcel to my SIL, bagi dia Medela Harmony yang saya sudah tidak gunakan lagi. Mula-mula rasa sayang juga.. tapi bila fikirkan tak guna pun selama ni, duk terperuk dalam tipuware tuh, saya decide untuk bagi pinjam pada adik ipar saya. InsyaAllah.. saya sudah selesa menggunakan FS. Sambil tidur pun boleh pumping.. kekekekek.. (kes tak cukup tidur la nih.. heheheh). Pelik pulak officemate tengok, apa saya buat tersengguk-sengguk depan pc sambil pump berbunyi.. haha! Office saya cuma kongsi 2 orang yer.. bukan saya pump in public area :)
Asalnya my SIL nih.. anak sulungnya langsung tak merasa susu ibu. Mungkin sikitlah awal-awal, lepas tu dia tak tahan sebab baru operate ketumbuhan di B, dia bagi susu formula. Siap 2 minggu dah bagi makan nestum. Sadis saya mendengarnya.. masa tu saya belum berkahwin dengan hubby, ini neneknya (MIL) yang cerita. Bila anak saya yang sulung lahir.. saya sangat berkeras menjaga penyusuannya. Dalam jahil saya, saya cuba memberi yang terbaik untuk anak. No more solid food dalam 5 bulan pertama, masuk 5 bulan saya dah bagi sebab dia macam nak terkam semua makanan yang ada.. heheheh.. insyaAllah anak saya yang ketiga ini saya mahu mulakan solid food pada bulan ke 6. Diam tak diam sudah 5 bulan saya menyusu anak secara ekslusif. Alhamdulillah.. semoga saya berjaya sehingga 6 bulan dan seterusnya hanya memberi susu ibu sahaja sehingga 2 tahun.. doakan saya yer.. Eh bukan saya sedang cerita pasal SIL ker? haissshhh..
Ok.. my SIL.. bila anaknya yang kedua lahir awal bulan Ogos yang lalu, saya sampaikan melalui suami saya tentang pentingnya susu ibu. Bukan saya tidak mahu sampaikan sendiri, tetapi abangnya kan lebih afdhal.. heheheh.. Suami saya sebenarnya lebih-lebih sikit ceritanya dalam penyusuan nih.. saya ni agak tak pandai (mungkin belum pandai) nak approach orang. Alhamdulillah, termakan juga kata-kata suami saya terutamanya bila cakap anak akan lebih cerdik dan sihat. Saya pun tak tahu dia menyusu anak sepenuhnya sehinggalah balik raya hari tuh, dia bertanya tentang pam susu. Saya betul-betul excited nak cerita pasal pam.. ekekkekek.. tapi bila dia kata nak beli pam yang harga 30++ saya terdiam. Jika SIL saya orangnya cekal, mungkin saya tidak melarangnya membeli pam tersebut. Tetapi setakat yang saya kenal dia.. saya tau tidak sampai seminggu menggunakan pam tersebut, dia akan mula bosan dengan pengeluaran yang sedikit dan mungkin ada rasa sakit. Itu yang saya katakan pada dia, dan saya suggest beli pam Avent atau Medela (manual) yang harganya saya rasa mampu milik. Dia pula yang diam. Mungkin keberatan. Pada saya, dia beruntung tinggal di Selangor sana nu yang apa sahaja ada.. bukan macam saya di Batu Pahat, yang tidak semua benda mudah dimiliki di sini. Alhamdulillah ada peniaga-peniaga online yang memudahkan saya. Lama saya berfikir, akhirnya saya bagi sahaja dia pam saya .. mudah kan? Saya tidak harapkan apa-apa, cuma saya doakan dia berjaya menyusukan anaknya.. setiap anak ada hak kan atas susu ibunya? :) Cuma saya katakan pada dia, mahu memberi susu ibu, bukan perkara mudah tetapi tak susah.. bila sudah biasa, ia akan jadi rutin harian sahaja.. kan? kan? kan? Saya takut dia rasa apa yang saya buat tu nampak mudah, tapi bila dia buat, dia rasa susah dan dia putus asa.. saya ni banyak sangat takutnya.. haha! Padahal saya juga melalui fasa yang sama, susah mahu mengepam, anak tak mahu susu guna botol, nak simpan ebm, nak cairkan ebm, etc.. tapi semua tu hanya permulaan.. Saya juga sedang berusaha.. dan saya juga sangat gembira bila officemate saya juga berusaha mengepam susu ibu untuk anaknya setelah macam-macam nasihat, petua yang dia tanya saya (padahal saya sendiri pun naik turun productionnya). Alhamdulillah.. semoga kesedaran ibu-ibu sekarang mengenai khasiat dan kepentingan susu ibu semakin bertambah..
No comments:
Post a Comment