Pernah meniru? Tiru apa? Banyak yang boleh ditiru, serba-serbi. Adik kedua saya pernah berkata, jika mahu berjaya, tiru apa yang orang berjaya buat tetapi buat dengan lebih baik. Ya? Haha! Mungkinlah jika kena pada tempatnya.. Resepi masakan tu kalau kita buat kira tiru ke? Ek.. mengarut pulak..
Saya bukan nak menulis pasal tiru yang lain.. saya nak menulis tentang tiru dalam peperiksaan. Biasa? :) Entahlah. Saya pernah meniru? Pernah agaknya, secara tidak sengaja mungkin ataupun ada yang soksek soksek bertanya saya masa periksa. Saya tanya orang? Tak ingat. Macam tak pernah. Mulut ada emas.
Ada satu kisah yang saya ingat sehingga sekarang walau sudah 17 tahun berlalu. Waktu itu saya di tingkatan satu (Saya sudah tua rupanya). Semasa ujian bulanan Bahasa Arab. Ada satu soalan yang saya tidak ingat, tetapi saya tahu soalan itu jawapannya ada di papan kenyataan belakang kelas. Memandangkan kami periksa menghadap depan, apa kes pula saya mahu melihat papan kenyataan belakang kan. Tinggal satu soalan tu sahaja, jika dapat jawab mungkin saya dapat 100% (oh sungguhlah yakinnya.. haha!). Akhirnya, apabila masa sudah tamat, saya mendapat peluang memandang ke belakang untuk mengambil kertas rakan di belakang. Saya terpandang jawapan itu dan dalam masa beberapa saat saya tertulis jawapan itu di kertas peperiksaan saya. Hasilnya? Saya dapat 99%. Lagi 1% saya ada kecuaian dalam soalan lain. Paling tinggi seluruh tingkatan. Seronok? Entah. Saya rasa bersalah sebab meniru. Sebab itu saya ingat sehingga kini.
Zaman universiti, tidak terkecuali. Saya tidak rajin sewaktu zaman universiti. Saya insaf hanya semasa di semester akhir. Tetapi saya sangat anti dengan meniru semasa peperiksaan. Bagi saya, resut yang diperolehi tidak original kerana kita meniru. Saya sangat serba salah apabila rakan-rakan merancang-rancang untuk duduk berhampiran untuk meniru. Saya? Buat-buat tidak ada tempat berdekatan. Itu seingat sayalah.. mungkin ada masa saya tertiru. Far, ada saya tiru awak ke? Hehhehe.. assignment tak masuk yer.. masa periksa aje.
Apalah motif entry ni. Sebenarnya saya sedih apabila membaca Facebook adik saya yang mana rakan-rakannya (mungkin termasuk dia) sibuk-sibuk membangga diri dapat meniru dan berbincang. Begitu juga saya rasa apabila pelajar-pelajar saya berbual-bual sesuka hati dalam waktu peperiksaan dan saya seperti habis suara menjerkah pelajar-pelajar ini. Kita mengalami keruntuhan akhlak generasi sekarang ya.. sedih kerana mahu jumpa sebutir permata kena parah melalui kaca-kaca. Rakan adik saya --> bakal GURU. Emmm.. cukuplah Mahasistua (guru-guru) yang dikenali suka meniru sewaktu peperiksaan.. anak muda takkanlah kot.. mungkin saya sahaja yang emosi.
1 comment:
syok2 baca entry ni tetiba kena tanya plak..hahaha...tanyah tak ingt la plak...
saya rase pernah jugak plan2 nak tiru..ahaha..tapi bkn serius la sampai tulis2 kat dinding or meja before exam mula semua tuh..selalunya nak tgk nak jeling jaw orgpun dok dub dab2 dek rase sungguh bersalah. lg satu saya rase, kang aku niru org tu, salah plk pastu, lg nyesal
Post a Comment