Hari ini ada seminar. Di dalam kawasan universiti sahaja, jadi tiada apa-apa masalah. Tapi malam nanti ada perasmian seminar juga di universiti. Saya sudah maklumkan Taska untuk menghantar anak-anak malam ini, sekali sekala kan? Saya kata pada suami, sudah banyak saya korbankan kerja saya untuk keluarga. Hanya sekali ini, saya mahu sertai majlis perasmian dan makan malam. Acara wajib sebenarnya tapi mungkin dengan alasan kukuh bolehlah tidak hadir kan? Suami saya pula dijemput sebagai pembaca doa, maka itu yang kena hantar Taska.
Tapi tu lah.. hati seorang ibu. Rifaie pula selsema (sikit-sikit). Bila anak Ummi yang kecil itu selsema walau sedikit, mengamuknya mengalahkan hulk. Kekkeke. Saya sudah berbelah bahagi.. Satu bahagian, mahu pergi. Satu bahagian lagi, mahu mengulit babyku ini.. family first! Kan? Tapi kadang-kadang kena ajar juga tinggal-tinggalkan supaya kurang sikit manjanya.. yer.. Rifaie sudah manja melampau-lampau. Janganlah kita ternaik sikit volume marahkan Abang 'Alawi atau Kakak Aisyah.. dia pulak yang kecil hati menangis.. isk.. isk.. isk.. Emak saya selalu kata Rifaie ni boleh tahan lasak.. tapi cembeng! Haha! Nantilah saya decide. Ada lagi 7 jam.. :P
No comments:
Post a Comment