Buat entry supaya cerita tidak basi. Gambar tidak dapat di letak sebab memang tak ada gambar pun.. kekekekek.
Rembau
Ada apa dengan Rembau? Sakan berjalan nooo bila weekend. Bukan berjalan.. cuma mencari keberkatan yang ada dalam sisa-sisa hayat manusia akhir zaman ini. Alhamdulillah.. sudah lama saya tidak mengikut suami ke 'pondok' pengajian, sama ada untuk belajar ataupun apa-apa majlis. Semalam, kebetulan ada kelapangan waktu malam, kami bergegas juga ke Maahad As-Sofa Negeri Sembilan untuk menghadiri majlis hawl Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi Al-Maliki. Anak beliau Sayyid Ahmad (dari Makkah) turut menghadiri majlis ini. Walaupun tidak faham apa isi ceramahnya-lughatul'Arabiyyah, memandang wajahnya ('ulama') sudah cukup membuatkan rasa tenang dan berkat itu. Saya angkut ketiga-tiga anak saya. Alhamdulillah.. masing-masing tidak meragam walaupun tidak duduk sekali dengan Ayahnya(memang begitulah mereka.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. kerana mengurniakan anak-anak seperti ini). Walaupun punyalah ramai ummat.. MashaAllah.. dan kami duduk di dataran berbumbungkan langit sahaja, tetapi lenanya Rifaie tidur.. heheheh.. Selepas itu ada ceramah dari Syeikh yang hadir mengiringi Sayyid Muhammad dari Palembang. Bolehlah faham bahasa Indonesia yang dituturkan tidak begitu pekat. Isinya.. mengenai pesanan Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi kepada kita semua.. Jangan lupa, 1. Zikir kepada Allah 2. Selawat kepada nabi 3. Bersedekah. kerana manusia akhir zaman ini sangat sedikit yang INGAT kepada Allah dan rasulnya.. Kupasannya sangat simple tetapi lekat dihati ini, InsyaAllah..
Saya bawa kamera, tapi akhirnya tertinggal dalam kereta. Huhuhuhuhu.. Kami pulang ke Batu Pahat sebaik habis majlis dalam pukul 11.30pm.
Nota: 1.Majlis Hawl: Majlis memperingati kematian..
2. Sudah lama tidak ke majlis ilmu.. saya cemburu dengan masa yang cepatnya berlalu :(
Marhaban
Alhamdulillah.. Hari ini selesai sudah marhaban dari rumah ke rumah penduduk taman kami. Hajat hati mau turut serta, tetapi Rifaie selsema dan batuk dan macam nak demam. Saya cuma tunggu di rumah sahaja.. Selesai marhaban orang-orang perempuan, saya lepak-lepak di luar sekejap lepas tu masuk dan tidurkan Rifaie. Kesian dia tidur terjaga-jaga di bahu saya. Kali ini blok rumah kami sepakat untuk kumpul duit dan buat jamuan makan sekali sahaja. Tidak perlulah setiap rumah menyediakan makan, minum. Di samping membazir (sebab masuk rumah ke-4 dan seterusnya orang dah tak makan sangat), boleh menjimatkan masa. Suami saya dan 'Alawi & Aisyah sudah balik pukul 10.30pm berbanding tahun lepas, hampir pukul 12 malam jugalah. Kena pulak rumah kami antara yang akhir tahun lepas.. aisehhhhh.. saya dah tidur la.. maka marhaban perempuan tak masuk ke rumah.. waktu tu saya masih mode mabuk mengandungkan Rifaie. Tahun ini, rumah kami antara yang awal.. maka.. pukul 9.30pm semua dah settle.. Seronok marhaban, sebab masa ni lah nak kenal jiran tetangga. Yang tak berapa best.. esok kerja daaa..
Kamera saya posing baik punya atas almari. Ramai rupanya rombongan marhaban, maka saya lupa nak ambil kamera. Apa la saya ni.
Nota: InsyaAllah.. tahun depan jika masih di bumi Malaysia dan masih ada umur, saya mahu mengikuti marhaban ini. Harap Rifaie dah jalanlah yer.. heheheh.. 'Alawi ngan Aisyah lepak gila.. kekekekke.. letak kepala terus tido jer.. haha!
No comments:
Post a Comment