Pages

04 October 2009

Syawal 1430

Bismillah..

15 Syawal 1430.. dah puasa 6? Saya belum.. entah bila mahu bermula ataupun tidak langsung? Wallahua'lam. Suami saya baru merancang untuk memulakan puasa esok. Sudah separuh syawal berlalu.. dan di Johor ini, kunjung mengunjung masih berlangsung sehingga 30 Syawal nanti :P

Menziarahi rumah Emak 'Alawi

Kualiti gambar yang teruk gara-gara camera habis bateri.. kekekke

Setelah hampir 1 1/2 tahun tidak berjumpa, akhirnya saya teringat juga mahu melawat rumah Kak Liza. Kak Liza ni mengasuh 'Alawi sejak umurnya 2 bulan hingga 1 tahun. Lepas Aisyah lahir, dia pindah ke Pagoh untuk duduk di kampungnya sendiri dan mula sejak itu saya letak anak-anak di nursery sahaja. Dari rumah saya ke Pagoh bukanlah jauh.. dalam 45 minit - 1 jam. Tetapi mahu mencari masa yang sesuai agak susah. Ialah.. takkan nak datang sekadar duduk 15 minit kan? Kot rumah jiran sebelah bolehlah buat macam tuh.. (rumah jiran sebelah pun kami raya lama kekekek). Agak lama juga kami bertandang ke rumah Kak Liza.. bolehlah solat 2 kali waktu sembahyang di sana.. haha!

Ini baru 2 kali kami ke sana. InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki sampailah kami lagi. Silaturrahim jangan diputuskan kan. Lagipun jasanya menjaga 'Alawi tak akan terbalas sampai bila-bila. 'Alawi masih kecil dan belum tahu apa-apa waktu Kak Liza ni menjaganya. Dia tak akan kenal 'emak' nya kalau saya tak bawa dia kan.. Waktu dalam kereta banyak-banyak kali 'Alawi tanya saya nak ke mana. Borak-borak lebih kurang macam ni..

'Alawi: Ummi.. kita nak gi mana ni?
Ummi: Nak pergi rumah emak 'Alawi.
'Alawi: Sapa? Cikgu Liza ke? (Sambil merujuk cikgu nurserynya yang namanya Liza)
Ummi: Bukan.. rumah emak 'Alawi la.. Nama dia Liza..
'Alawi: Makcik Liza?
Ummi: Emak..
'Alawi: Bukan la..
Ummi: Iya..
'Alawi: Bukan.. emak 'Alawi tu.. (sambil tunjuk saya..)
Ummi: Gelak je la.. sambil fikir, kalau saya tak kenalkan dia.. sampai bila lah dia tak kenal 'emak' dia ni..

Sampai di sana, mula-mula macam biasa la.. malu-malu kucing. Lama-lama.. habis rumah orang dikerjakan. isk.. isk.. Sebab tu saya jarang nak duduk lama sangat rumah orang sebab tau.. lama-lama nanti anak saya ni ikut suka suki dia je nak buat macam rumah sendiri. Tambah bila ada geng sebaya kan.. Elok duduk kejap-kejap kan.. nampak macam tertib jer Ummi ngan Ayah dia didik kan.. (HAHHAHAH). Alhamdulillah.. campur rumah Kak Liza, sempatlah beraya 3 buah rumah hari ni. Semalam tak boleh raya sebab ada yang janji nak datang rumah. Jadi, tunggu orang datang je la. Lagipun semalam saya demam panas dan malam pula suami ada marhaban.

Duduk Johor, baru merasa sebulan lamanya beraya. Saya telah menjadi pendatang asing Johor sejak umur 18 tahun. Mula kerja di Johor pada umur 24 tahun. Awal kerja saya tak ambil pot pun adat-adat di sini khususnya Batu Pahat). Maklumlah.. duduk sesama bujang yang masing-masing dari negeri lain. Bila berkahwin, saya duduk di rumah staf bersama suami. Sedikit-sedikit tempias tatacara orang Johor mula saya rasa terutama masyarakat jawa. Saya mula belajar 'menelan' nasi Ambeng.. makanan biasa yang dihidangkan setiap kali kenduri-kendara. Saya terpaksa juga terima bahawasanya di Batu Pahat ini sarapan pagi yang banyaknya dan yang adanya adalah nasi lemak dan nasi goreng.. bukan nasi dagang atau nasi kerabu.. sebab peniaga-peniaga majoritinya orang tempatan. Susahnya mencari nasi dagang membuatkan saya sanggup membuatnya sewaktu mengandungkan Aisyah. Padahal kalau balik kampung, beli jer.. hahah! Saya juga puas cuba menyukai sambal goreng.. menu wajib di setiap kedai makan baik pagi, tengahhari atau malam (jika jual nasi berlauk) sampai saya pun pelik apa sedapnya sambal goreng.. kekekek.. sampai sekarang tak berapa suka.. hahah! Tapi yang bestnyer nasi beriani memang sedap.. hehehhe..

Itu bab makanan. Lepas tu bila raya, kalau di kampung saya, raya pertama sampai ketiga memmmaaaanngggg penuh. Pendek kata memang tak boleh ke mana kami. Dari pagi sampai malam ada tetamu. Tapi lepas tu, dah lengang. Macam tak berapa raya. Kira cuti kerajaan bagi untuk staf gomen tu cukupla untuk meriahnya raya. Tapi di sini raya memang sebulan. Saya cukup rasa bila sudah tidak di rumah staf. Setakat rumah terbuka tu biasalah.. di mana-mana ceruk pun ada. Ini memang beraya, baik budak-budak atau mak bapak budak. Kira get ready jer la kalau ada orang datang beraya. Kot bagitau awal, ada la.. makanan sikit. Kot main datang jer.. kuih raya jer la ada. Termasuk hari kerja. Saya pun minggu lepas adalah dalam 2 kali lepas balik kerja pergi beraya.. heheheh.. memang sebulan ler rayanyer! Marhaban pun sebulan lamanya.. lagila tuh.. kadang sampai dah nak 12 malam orang datang nak marhaban.. wahahahh!

Apa-apalah.. dah nak jadi pemastautin sini, ikutlah cara sini. Seronok juga kan!

1 comment:

Ibu Aunis said...

alo banun..make sure bateri tu full raye2 ni..hehehe..

wei sambal goreng tu sodap aa...keheh..sebut nasi ambeng wa..terliuq la..rindu sungguh..

kehke..jgn tak tau mmg raye sebulan. abis betul syawal tu. kat sini pun kenyang sokmo bermula jumaat to ahad. tak hengat betul. almaklumla..ada plak org dok ngetest mememasak..diajaknye org makan, belasah jelah.sedap tak sedap belakang kire. tapi kat sini semua yg kononnya rase mcm taksedap, sedap ajelah pasal tak boleh dapat kat kedai pun kan...ahahha...