Sudah melepasi 6 bulan. Alhamdulillah. Rifaie masih menyusu badan tanpa bantuan susu formula dan sekarang sudah lebih seminggu saya beri solid food. Tiada lagi penyusuan ekslusif, tetapi saya sangat berharap dan berdoa saya masih kuat semangat untuk terus supply susu ibu kepadanya :)
Apa yang Rifaie makan? Bubur. Anak saya orang melayu ha ha ha! Tak ada lah. Sebab setakat ini, itu sahaja yang baru saya kenalkan pada dia (dan agak mudah disediakan). Akan datang insyaAllah.. kita buat slow slow ekk.. Bukan lah bubur kosong. Bubur + Ayam/Ikan/Ikan bilis + Carrot/Bayam/Bunga kobis. Tukar-tukar menu. Nanti dia boring (ye? ke saya yang boring?). Paling penting, tanpa garam dan gula dan apa-apa perasa. Sedap juga lepas di blend. 'Alawi dan Aisyah pun suka tumpang makan. Jadi, weekend saya akan masak bubur lebih untuk sekali makan dengan abang dan kakaknya juga. Weekdays saya masak sikit aje untuk hantar ke nursery. Walaupun nursery ada sediakan bubur, saya nak juga masak untuk Rifaie.. hehehehhe. Sampai dia besar sikit mungkin saya boleh let nursery masakkan untuk dia saje.
Rifaie sudah pandai nak merangkak. Cuma dia tak lepas mahu maju ke depan dengan lututnya sebab dia sibuk angkat punggung dan letak kaki macam orang nak berdiri! Oh! My boy! Tinggal dia nak lepas angkat badan, dah pandai berdiri.. huhuhu.. dan dia cukup suka tengok tangga sebab sibuk nak panjat. Alhamdulillah badan tak terangkat. Macam tu juga bila dekat dengan tingkat pinggan mangkuk. Alahai.. saya risau bedebuk jatuh tingkat tu atas dia. Na'uzubillah. Solutionnya? Ummi dan Ayah kena awas. 'Alawi dan Aisyah juga bolehlah sikit-sikit diharap untuk tengokkan adiknya walau kadang-kadang harapkan pagar je lah kan.. heheheh.. :P
No comments:
Post a Comment