Pages

12 November 2009

2,3 blog

Bismillah..

Di luar kebiasaan saya dapat update sehari sekali. Alhamdulillah.. semoga saya ada masa untuk itu, mencatat rasa yang tak seberapa untuk ingatan di masa depan. Maklumlah, akhir-akhir ini saya selalu dapati ada beberapa perkara yang sudah lupus dari ingatan. Puas juga recall, akhirnya saya surrender sebab banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Sibuk? Hmm.. hanya orang sibuk mempunyai masa (^^,) (tiru ayat dari blog Prof Kamil hehehe).

Kini saya sedang memulun menanda. Penat mental. Iya.. penat mental. Sangat-sangat. Jika anda pernah belajar matematik peringkat universiti, bayangkan jawapan-jawapan anda semasa subjek calculus, differential equation dan numerical method. Terutamanya calculus, senang tak? Alhamdulillah jika mudah.. anda memang cemerlang. Jadi.. bayangkanlah pelajar engineering yang memang menyampah dengan math menjawabnya.. dan tak ke 'sakit' lecturer dia? Hehhehe.. Inilah realiti bakal graduan kini. Lagi dahsyat dari pelajar paling malas masa zaman saya.

Eh.. nak cerita pasal blog yang ada 2,3 atau lebih. Susah kan nak maintain? Macam saya la.. gatal-gatal buat blog lain sedangkan yang ini pun ala-ala tak berapa update. Blog bf saya sudah bersawang. Saya tak sempat mahu mencari bahan la. Tak berinformasi sungguh. Bukan apa, proses surfing, godek sana sini agak leceh.. oh tapi kena ingat, hanya orang yang sibuk mempunyai masa.. teheheh.. akan diusahakan. Tetapi, saya tak tergamak mahu mencampur adukkannya. Sebab? Senang nak rujuk semula.. hahahah.. mana tau kejap lagi saya rajin update dan penuh info kan? Hah hah hah. Ok. Marking paper semula. Eh, nak update blog satu lagi tu lah.

No comments: