Alhamdulillah.. ibu dan bapa mertua saya akan berangkat menunaikan haji Isnin ini. Semoga beroleh haji yang mabrur. Seronoknya.. bila agaknya giliran saya?
Semenjak beberapa bulan/minggu/hari.. banyak perubahan berlaku dalam organisasi. Ia sebenarnya di luar kawalan. Nampaknya masing-masing cuba adapt dengan persekitaran baru, boss baru, rakan baru, pentadbiran baru, baru-baru belaka. Tak kurang juga peraturan baru. Adakala rasa susahnya mahu hadam. Fikir semula.. be professional walau kadang-kadang muka hijau biru merah tu tak boleh nak elak dari terpancar di wajah.. hahhah! Oooo.. bila sampai masa otak jem.. saya lantakkan ajer. Apa nak jadi, jadilah.. tetapi setakat ini belum pernah let macam tu saja. Sentiasa ada rezeki saya untuk selesaikan dengan baik walau angin sudah masuk kepala.
Beberapa hari juga saya mengusahakan sesuatu yang sepatutnyalah. Alhamdulillah.. di luar jangkaan walaupun memang harapan. Bila fikir semula saya takutnyalah. Pasti ke saya ni? Haishhh.. boleh ke saya fikir, why me? Oooo.. kenapa mesti saya harungi semua ni? --> Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dalam kemampuannya. Ya Allah.. moga saya kuat dan berjaya melaluinya. Amin.
No comments:
Post a Comment