3 in 1
Sepatutnya saya pergi program Team Building hari ini sehingga ahad. Di buat di RBR (Rompin Beach Resort) lagi. Dah kampung sendiri kan, teringin nak pergi. Sebenarnya wajib pergi. Malangnya sehingga semalam stok susu saya cuma 4x3oz. Wuwuuwuu.. macammana tu? Tengok tentatif mak aii.. sangatlah padat. Siap malam esok ada aktiviti sampai 3 pagi. Dah nama Team Buildingkan.. banyak outdoor aktiviti. Seronok juga. Tapi.. apabila saya terpaksa membuat keputusan antara family atau career.. FAMILY FIRST. Dan dalam proses mahu mengesahkan ketidakhadiran.. sangatlah susahnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya kami bertiga yang mempunyai anak kecil dan masih dalam penyusuan meminta kebenaran untuk tidak hadir. Allahu Akbar! Akhirnya terima kasih tidak terhingga kepada dekan yang akhirnya mendengar permasalahan kami walau saya kelam-kelam tidak berapa faham kiasan-kiasan awalan.. almaklumlah.. orang matematik yer.. kureng sikit bunga-bunga ni. Direct je boleh?
Semalam final exam pelajar saya untuk subjek Engineering Mathematics 1. Semester ini saya hampir mental mendapat pelajar yang sangatlah teruk amat dalam basic matematik. Sabar saya agak lama sehingga apabila masing-masing macam tak kisahkan diri sendiri apabila rilex sahaja untuk test 2, saya asyik mengamuk setiap kali masuk kelas. Buruk kan pensyarah mengamuk? Tapi saya tak tahu jika ada yang boleh sabar.. senang cakap, saya tidak pernah kisah jika pelajar tidak pandai.. tapi tolonglah rajin sebab dah tak berapa reti kan.. jika tambah dan tolak pecahan serta bahagi pecahan pun confuse, jangan ceritalah bab differentiation tu.. apatah lagi bila masuk bab integration.. maka hasilnya? Hampir 60% dari mereka tidak lulus carrymark.. saya selak beberapa orang pelajar punya kertas jawapan final exam, haissshhh.. banyak kosong nampak? Tak ada hati saya mahu menanda.. *sigh. Untuk makluman, mereka adalah kemasukan dari diploma politeknik. Pelajar-pelajar dari diploma poli memang menjadi nightmare pensyarah. Politeknik.. tolongnya semak silibus anda supaya pelajar yang masuk ke universiti benar-benar BERKUALITI. Bukan sahaja untuk subjek matematik, tetapi untuk semua subjek. Apabila sampai peringkat universiti, bukan lagi tugas pensyarah untuk mengajar asas-asas matematik yang sangatlah tak logik lagi untuk di ajar di sini.
PhD (?????). Beberapa minggu, saya terkesan dengan kesukarannya rakan sekerja saya yang amatlah sukar mahu sambung belajar. Tempat sudah ada, di UK. KPT sudah lulus. Tetapi dengan masalah-masalah mendatang, sehingga ke hari ini, belum selesai. Saya cuma doakan yang terbaik untuk dia. Belum campur status facebook kawan-kawan yang penuh doa, keluhan, harapan.. menyeramkan saya. Paling rilex.. cik Far la.. eheheh.. Sebab dia sudah melalui proses yang melampau. Dalam pada itu, saya cuba juga mencari-cari. Kerana.. saya sudah menyebut kepada ketua jabatan.. saya mahu sambung PhD tahun depan.. ekekekekek.. suka suki je kan.. haha! Maka dua tiga hari lepas, sementara menunggu suami saya calling-calling untuk balik, saya terjumpa seorang pensyarah ni yang ada grant dan mencari PhD student (di UK). Lalu dengan senang hatinya saya email ajer.. cuma tanya tentang project tu (dengan ayat BI yang kurasa alangkah berteraburnya).. kekekek.. kalau mengikut cerita kawan-kawan saya, jaranglah yang membalas email dengan mudah. Ada yang menasihati saya supaya approach dalam 4,5 orang atau lebih supaya tak frust jika email tak dibalas. Tetapi tidak disangka, esoknya email main-main saya tu telah dibalas. Siap minta CV. Jadi saya bagi jelah CV yang tak berapa cukup helai sebab tak tau nak letak apa. Baru bagi petang tadi. Malam ini, email saya dibalas lagi beserta application form.. (ini yang menakutkan sebab saya ni rasa macam tak qualified sangat pun.. kuikuikui). Takut peringkat supervisor lepas.. peringkat universiti nanti kena sekat. Oooo.. sebenarnya memandangkan saya email secara tidak sengaja.. maka saya tiada persediaan. Saya perlu IELTS (yang ini pun menyeramkan saya haduila..), saya perlu berbincang dengan KJ dulu.. ialah, saya pergi dengan scholarship kan.. mana boleh syok sendiri, kemudian.. jika KJ lepas, sudah boleh apply tetapi masih belum pasti lepas untuk cuti belajar jabatan. Dan.. paling penting, belum pasti ada kuota.. haha! Meh kita mengecop kuota dulu.. wakakakaka.. apa-apalah.. sebenarnya dalam banyak-banyak tu, saya rasa paling besar adalah cabaran dalam diri. Saya ada perasaan takutlah.. Mari kita kejutkan GERGASI yang sedang tidur dalam diri!
4 comments:
cik banun,...rilex?hahaha...buat2 jer..
tp mmg kena berani menghadapi segalanya. Tahniah sbb dah mulakan langkah pertama dengan tanpa rasa sangsi.
insyaAllah, langkah seterusnya akan lebih yakin. Next year okay? ;)
Tanpa rasa sangsi? hehehe.. perli ke apo Far.. kuikuikui
Good luck + congrats!! At least satu langkah dah buat..
Insya Allah, moga dipermudahkan.. ;)
Amin.. haishh.. takut tapi mahu.. haha!
Post a Comment