Agaknya kenapa ibu-ibu semua beria-ia bagi anak susu ibu?
Khasiat?
Jimat duit?
Polisi hospital kerajaan?
--
--
--
(Lu pikirlah sendiri! heheh)
Masing-masing dengan sebab masing-masing kan. Harus terbuka dalam hal ini kerana hati manusia lain-lain.
As for me, saya mahu anak saya menyusu susu ibu kerana saya yakin khasiatnya dan anugerah susu yang Allah beri kepada manusia. Walau cetek mana ilmu kita, walau tidak terbukti dengan sains pun, dalam hati kita sebagai muslim perlu meyakini setiap kejadian Allah, pasti ada hikmah dan kegunaannya. Permulaan makanan yang baik, insyaAllah menjadi penentu siapa anak kita nanti. Mari kita didik dan asuh bakal-bakal ilmuan Islam generasi depan!
Nota untuk diri sendiri
Mahu lahirkan ilmuan Islam?1. Sebelum tu.. tetapkan niat, susukan anak kerana Allah.. bukan kerana sebab-sebab lain. Sewaktu saya di U dulu, saya sering diingatkan oleh kakak-kakak usrah (lama tak sertai usrah) supaya sentiasa betulkan niat untuk belajar. Niat mesti kerana Allah. Bukan nak dapat kerja ker, nak dapat dean list ker, etc.. Same goes to this situation. Betulkan niat.
2. Usaha mesti cukup. Kot harap niat ajer tapi duk diam tak buat apa, susah juga yer.. haha! Usaha termasuklah berguru, mencari ilmu, menyediakan kelengkapan etc.
3. Doa. Semua tau kan senjata ummat Islam yang paling ampuh adalah doa. Jadi apa lagi.. jom!
4. Tawakkal.
Saya cuma sentiasa pegang konsep Niat+Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan. Dari sekolah rendah lagi.. :-) Saya selalu rasa, kot niat tak betul, ada je lah something yang tak memuaskan hati berlaku, samalah kalau alpa berdoa, maka sedikit kehuru-haraan akan berlaku.. haha! Itu saya lah.. just a basic simple guide.
Anak-anak saya masih kecil.. Perjalanan saya dan mereka masih jauh. Saya tidak tahu siapa saya dan siapa mereka di masa hadapan. Jadi, kita sediakanlah semampu kita pada masa ini.
Apa yang kita mampu? Berilah mereka khasiat terbaik susu ibu.
2 comments:
salam,
afne pn tgh survey2 ni. skrg ada set d yg plus calcium tu ye. nnti bg le testimoni.
InsyaAllah.. dalam 2 minggu consume maybe bleh bg testimoni..
Post a Comment