Salam Aidiladha.
Kadang-kadang, saya tidak tahu mahu menjawab apa bila ada yang mahu meminta bantuan mahu kerja atau belajar di tempat saya. Tolong hantarkan borang bolehlah.. Saya sangat tidak suka dengan konsep 'kabel'. Saya lebih suka membantu orang mempersiapkan diri (err.. atau lebih kepada menasihati pun iya) jika mereka ada cita-cita mahu bekerja atau belajar di sini. Saya juga tidak ada cita-cita mahu mendekati mana-mana 'orang besar' bagi tujuan memudahkan apa-apa lah. Saya yakin, dalam ramai-ramai manusia yang menggunakan kabel, masih ada mengekalkan konsep 'integriti' dalam diri. Mahu kerja? Mahu belajar? Perkasakan diri dan perkasakan result, mohon pada Allah. Tiada yang mudah dalam hidup. Sering saya (dan suami juga) disalahkan kerana tidak mahu menolong. Saya katakan pada suami, tidak mengapa, kita tidak buat kesalahan pun di sisi Allah. Entry Prof Kamil ini mengiyakan ketegasan kami. Semoga kami dapat berterusan dan tidak leka di arus dunia. Amin.
No comments:
Post a Comment