Pages

02 December 2009

Astro

Bismillah..

Balik kampung raya haji lalu, seronok melihat channel Astro Oasis. Tidaklah saya terpaku 24 jam mengadap tv, tapi bila-bila waktu senggang saya sempat juga mencapai remote dan menukar ke channel ini ditengah-tengah hiburan yang entahlah apa tujuannya disiarkan. Bagi saya yang sekali sekala menonton, slotnya mungkin tidaklah terlalu mantap tetapi berguna jika mahu meresapi indahnya ilmu. Seronok saya melihatnya..

Di rumah saya, tiada Astro. Asalnya kami berbelah bagi mahu pasang Astro atau mahu pasang yang biasa-biasa sahaja. Astro, murah pada asalnya, tetapi akan menanggung bayaran bulanan, area (ejaan?) biasa, dalam RM400 sebab katanya besi mahal, tetapi itu sahajalah, tiada apa-apa bayaran lagi selepas itu. Lama juga saya dan suami berbincang mengenai hal ini. Buruk baiknya, bukan dari segi kewangan tetapi dari segala aspek termasuklah dalam menjaga diri dan anak-anak dari pelbagai kemaksiatan televisyen. Akhirnya, kami tidak pasang Astro. Baiknya ada, buruknya mendahului. Lagipun, masa bila sangatlah kami menonton tv. Di lain masa, jika ada keperluan lain, insyaAllah boleh difikirkan semula :-) Mana tahu, ada 10 channel macam Astro Oasis kan?

Hari ini Rifaie genap 7 bulan, esok 'Alawi genap 4 tahun dan 8hb Aisyah pula genap 3 tahun. Hadiah telah lebih awal saya beli.. heheheh.. 7hb insyaAllah ada sedikit jamuan di nursery atas permintaan saya. Mahu masak apa?

2 comments:

Ms.Lilies said...

seronokkan tgk anak2 dah besar

senorita_2012 said...

ha ah.. macam tak percaya anak dah besar.. rasa baruuuuu jer pegang dia lepas lahir..