Sampai U, saya breakfast dulu dengan suami. Lepas itu, baru masuk pejabat. Wah! Sudah merancang macam-macam perkara nak selesaikan sebelum meeting jam 1030.
Masuk bilik. Aik?? Pelik.
Apasal kosong aje meja aku? Eh? Mana laptop?
Terkedu.
Saya duduk di meja. Tidak tahu hendak buat apa. Lepas beberapa minit baru otak saya bekerja. Call member sebilik yang masih belum tiba, mana tahu dia ada pinjam laptop saya. Rupa-rupanya.. dengan laptop dia pun disapu bersih.
Laptop kami dicuri!!! Uwaaa!!! Dan.. dah lama tak backup data.. Uwaa!!! Next week dah start kuliah. Uwaaaa!!!!!!! Mencik! Mencik! Mencik!
Nota:
Laptop adalah hak kerajaan, saya memang tidak bawa pulang kerana di rumah, cukuplah sekadar netbook. Lagipun, mahu kurangkan penyalahgunaan hak kerajaan. Usianya sudah hampir 6 tahun, tetapi sebab dia amanah pada kami, saya agak ralat bila hilang begitu sahaja. Salah saya, tak bawa balik laptop dan tak lock. Tapi salah lagi pintu bilik kami yang elok sikit jer dari pintu tandas.
Blok kami, sudah banyak kes kecurian dan kami tidak tahu. Maklumlah.. cuti semester masing-masing duduk bertapa dan ramai yang cuti, tak sempat sok sek sok sek. Lalu, untuk amaran orang lain, kami tampal notis amaran supaya semua berhati-hati. Si pencuri attack bilik pensyarah kerana dia tahu kami dapat laptop sorang satu.
Baiknya hati si pencuri, ambil satu set. Notebook, charger dan paling tak boleh blah mouse kesayangan saya yang terkopak-kopak sebab usang (sebab tu sayang.. heheh). Dia juga ambil tabung syiling member saya, set laptop dia dan recycle bag dia. Nak letak laptop agaknya. Barang lain entahlah.. saya tak perasan yang kecil-kecil.
Entry lepas perasaan geram pada orang jahat.
No comments:
Post a Comment