Apa yang paling berharga? Rasa ibu-ibu (mahupun bapa-bapa) tentu merasakan anak-anak adalah insan paling berharga dalam hidup. Tidak terkecuali saya.
'Alawi saaangat sayang Rifaie (dan saaangat geram asyik cubit pipi adik). Dari luarannya 'Alawi saaaangat tidak suka Aisyah begitu juga sebaliknya. Tetapi hakikatnya itulah teman bermain, teman makan, minum, tidur, errr buli Ummi dan Ayah.. dan apa-apalah. Dah mereka berdua je kan. Rifaie sibuk nak geng ngan Ummi je kan.. heheh.
I
Pernah satu ketika, Aisyah tidur dalam kereta semasa balik dari Carrefour. Saya yang mendukung Rifaie mahu masuk ke rumah sementara En Suami mengangkat barang-barang. Aisyah dibiar dulu sebab bimbang terjaga kang tak sempat nak angkut barang dah dia ngamuk.
"Ummi.. Aisyah?"
"Ha? Alah.. biarlah Aisyah tu. Biar dia tidur dalam kereta jer.."
"Ha ah kan Ummi. Biar dia Aisyah tu."
Lalu 'Alawi mengikut saya keluar dari kereta. Sampai depan pintu rumah dia berhenti.
"Ummi.. Aisyah?"
"Biarlah.. tinggal je dia.."
"Ummi.. angkatlah Aisyah tu!" Sambil muka nak nangis.
Hmmm.. sayang dia kat adik dia. Tapi kalau gaduh, macam nak tercabut rumah.
II
En Suami mahu membawa 'Alawi ke barber. Rambut dah panjang sangat. Diam-diam dia tarik 'Alawi keluar rumah.
"Nak gi mana ni Ayah?"
"Potong rambut.."
"Oooo.. nak potong rambut 'Alawi ke?"
"Iyaa.."
Siap pakai kasut.
"Aisyah! Aisyah! Aii.." En Suami tekup mulut dia. Volume amatlah kuatnya.
Isshhh.. orang nak lari dari Aisyah, dia sibuk panggil budak tu. Kang sapa nak tengok Aisyah sebab Ayah pun nak gunting rambut? Tapi dia berdua memanglah. Apa-apa pun mesti nak share. Alhamdulillah..
Banyak lagi keadaan yang membuatkan saya dan suami tersenyum-senyum. Itulah topik kami setiap kali lepas hantar mereka ke nursery. Gelagat mereka memang tak boleh jangka. Anak-anak.. my precious!
No comments:
Post a Comment