Pages

10 December 2009

Kurangkan makan..:)

Bismillah..

Lately, badan yang sedia 'comel' ini semakin 'comel'. Lalu.. saya bersungguh-sungguh mahu kurangkan pengambilan makanan. Sempat 3 hari mencuba, badan rasa sedap juga. Malangnya.. apa? Emmm.. susu kurang. Haishhh.. memang kurang tahap tak hingat. Biasa sekali pam dapat lebih kurang 10oz. Ini.. adalah dalam 5oz. Separuh hilang?

Maka, hari ini saya terpaksa makan seperti biasa. Sarapan berat-berat macam nasi lemak atau mee goreng atau apa-apa masakan melayu biasa, air bersusu manis, tengahhari nasi + lauk + sayur (ini saya memang tak skip) dan makan malam juga berat.. mana badan tak naik kan? Masa try diet tu saya makan sarapan roti dan air (saya tak minum susu tepung, jadi minum air masak saja), tengahhari seperti biasa dan malam makan buah-buahan sahaja.. Bila makan seperti biasa.. susu memang penuh, Alhamdulillah.. huhuhu.. any idea makanan or menu yang boleh menurunkan berat (slow-slow pun takpe la) dalam masa yang sama tidak mengganggu susu. Atau mungkin saya perlu ambil vitamin ker? Tak sempat sangat nak surfing blog or forum sekarang.. kot2 ada yang berpengalaman, kongsikan yer..

3 comments:

puan punyer said...

mmm mmmm sekarang saya makan pagi saya makan AWET MUDA + yg berat2 kekadang cukup ngan AWET MUDa sahaja. Tengahari mesti berat, malam poon mesti berat. Waktu senggang klu rasa lapar ku makan biskut Jacob weetameal/oat krunch minum soya / horlicks utk ganti susu. buat masa ini berat saya masih maintain. Tapi memang tak boleh kurang drpd tu makan nanti susu ku jadi kurang

senorita_2012 said...

Wah.. saya dah tengok AWET MUDA tuh.. belum sempat baca testimoni.. bleh bagi tenaga lebih tak?

puan punyer said...

InsyaAllah... sentiasa bertenaga. semua herba tu memang untuk wanita dan paling penting tidak panas dan tidak bagi efek pada susu kiter. Sekarang saya tengah makan kotak yang k2. Ada yang makan muka dan kulit tambah berseri. Saya... x reti tgklah tapi tenaga n susu alhamdulillah