Pages

08 December 2009

Sambutan hari lahir 'Alawi dan Aisyah

Bismillah..

Sebelum basi, baik den ceghito dulu ni ha..

Setelah puas memikir apa nak masak yang-mudah-senang-tak-sepah, akhirnya saya plan mahu memasak pasta dan pai daging. Resepi ambil dari fotopages mamafami dan buku resepi untuk anak-anak (first time buat resepi dalam ni kekekek) dan macam biasa, ditokok tambah kurang oleh diri sendiri.. haha! Cupcake telah saya order awal-awal. Surf internet kot-kotlah ada cupcake cun sekitar Batu Pahat. Alhamdulillah.. ada rupanya..

Asalnya mahu buat hari Isnin (7/12) tapi tuan nursery ada emergency kena balik kampung dan tak sempat balik Isnin. Jadi, kami tunda Selasa (8/12). Alhamdulillah saya memang ambil cuti juga. 'Alawi genap 4 tahun pada 3/12 dan Aisyah genap 3 tahun pada hari ini, 8/12. Jimat.. buat birthday sekaligus haha! Saya pun boleh join sebab birthday 20/12.. tapi tak sampai hati pulak nak potong kek di celah-celah kekanak.. kekeke. Rifaie nanti lagi ramai gang. Ayah saya, Emak saya, suami semua lahir bulan 5. Eloklah tuh..


Preparation..

Barang baru beli malam tadi. Dan saya dengan rasa mahu tidur-tapi-tak-jadi dengan gigih menyiang udang, sotong, bawang dan kentang serta memarut cheese ditengah-tengah malam. Beli barang awal pun kena buat tengah malam juga, tunggu putera puteri nyenyak dulu. Pukul 0000 baru saya mula buat kerja.

Paginya, saya mula memasak pukul 0700 dan mengepos anak-anak ke nursery sekejap. Kalau tidak entahkan jadi apalah yang masakanku. Alhamdulillah.. 0930 siap semua sekali dengan bersih dapur hehehhe.. (penting tuh..). Maka dengan segeranya saya kemas apa-apa yang patut, gosok baju, sedia baju 'Alawi dan Aisyah terus angkut semua sekali masuk kereta dan zassss ker nursery. Janji 1030. Kek kecil minta en suami belikan sebab dah tak sempat nak ke kedai pilih kek. Tengok kek yang suamiku pilih ada mickey mouse dan pokok bunga. Apa-apalah, syukur juga ada.. hahah! Maka lepas tuh mulalah upacara kecil-kecilan ajer.. budak-budak ramai tak ada sebab cuti sekolah kan.. mana yang ada tu rezeki dialah.. Ok.. tengok gambar ajalah.


Makanan.. ala kadar sajer.. cupcake order dari sini


Esok sudah mula kerja? Hmmmpppphhh.. arghhhhh.. *menggeliat. Dah lama cuti kan?

3 comments:

Ibu Aunis said...

tu makanan asasi sini tuh..ehehe..bak la gamba sepotong dua tu..nak tgk jugak. da nak rase takdapat..huhu

senorita_2012 said...

Tak fahamla Farhana.. kamu mahu apa dong? heheheh..

Ibu Aunis said...

i nk tgk struktur menu you tu...nk bg terliur