Pages

29 December 2009

Rezeki

Bismillah..

Masuk tahun baru, macam-macam agenda merobekkan poket Ayah dan Ummi. Baru dapat bil nursery untuk tahun 2010, yuran tahunan mak aihhhh.. ratus-ratusannnnn (separuh dari 1 ribu) untuk 3 orang. Belum campur weekend ini untuk pendaftaran PASTI 'Alawi. Tak kira barang kelengkapan sekolah dia yang saya buat aci tidak nampak saja harganya.

"Senang kan kita sekolah TADIKA dulu. Bayar RM5 jer sebulan kan? (ke setahun?)" Kata saya pada suami.

Untungnya kami di kawasan kampung. Tak banyak pilihan sekolah. Kot ada mesti si ibu dan ayah mahu yang terbaik kan.. hahahah! Tak apa, Ummi dan Ayah dulu sekolah TADIKA biasa pun insyaAllah boleh berjaya. Nanti kalau tak cukup belajar, biar Ummi ajar kat rumah yer.. hehehhe (ye? ye?). 'Alawi pun baru 5 tahun. Kesian budak-budak sekarang awal-awal dah kena pi sekolah. Tsk.

Sarapan pagi bersama encik suami setelah saya masuk kelas untuk briefing selama setengah jam. Hahah! Blur muka pelajar bila saya suruh balik pukul 0830. Semua terpaku di tempat duduk masing-masing.

"Eh.. boleh balik. Esok-esok kelas saya jangan harap nak keluar awal. Hari ni jer.. baik awak balik.." Hhaha.. saya lapar sebenarnya. Dan saya bekalkan mereka dengan nota yang perlu difotostat dan sila datang kelas dengan nota yang dah siap esok. Emmm.. baikkan saya siap bagi nota. Supaya saya tak perlu rimas serba-salah- tunggu- mereka- menyalin- dengan- cermat- lagi- teratur- tapi-salah.

Sarapan saya dibayar oleh seorang yang murah hati. Sebenarnya rakan en suami.

"Kalau Abang solat Dhuha, mesti ada jer orang belanja makan.." Suara suami.
"Emmm.. solat Dhuha kan insyaAllah akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka" Balas saya.
"Ha! Dah tau tu istiqamahlah solat Dhuha!" Sergah suami.

Saya senyum. Tapi jangan pula terpesong niat solat Dhuha semata-mata mahu murah rezeki. Atauuu berharap rezeki datang bergolek. Atauuu ingat duit, duit, duit. Banyak kelebihan solat Dhuha. Google sendiri. Yang penting, solatlah untuk mendapat keredhaan Allah, untuk mendekatkan hati pada Allah. InsyaAllah..


2 comments:

Aku_tulip said...

senorita...betul yg penting niat jagan bengkok...dulu akak pon tak tau..baru tau...

senorita_2012 said...

Yer.. innamaa a'malu binniah.. semuanya bermua dengan niat.. tapi niat juga tak menghalalkan cara.. eh paham ker?~