Pages

01 January 2010

2010 dan lupa

Bismillah..

Selamat tahun baru 2010 M. Tidak perlu menulis tentang 'azam'. Setiap hari sepatutnya menjadi hari yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah.. Namun, ummat Islam akhir zaman, dugaannya banyak dan imannya turun naik saban waktu. Harap dapat istiqamah dalam melakukan kebaikan dan menolak kejahatan. Amin.

Bergegas saya ke pejabat am untuk mengambil modul pengajaran yang dijanjikan oleh tuannya petang semalam untuk diedarkan 0900 ini. Tiba di tempat sepatutnya, saya telefon, menyatakan ketibaan saya. Rupa-rupanya tuannya itu ada mesyuarat pagi ini. Sedikit kesal kerana saya telah membazirkan masa ke sana. Mengapalah dia lupa mahu maklumkan kepada saya? Untuk tidak menjadikan perjalanan sia-sia saya masuk ke pejabat am untuk mengambil barang di piogeon hole dan mengambil cop yang telah siap. Kesal sekali lagi, melihat cop yang tidak ada jawatan 'pensyarah' tetapi ditulis jawatan giliran yang saya pegang sekarang. Untuk apa? Saya sudah tidak puas hati bila tag nama saya di pintu bilik diletak jawatan giliran itu. Huishhh.. emm.. penting sebenarnya mengetahui jawatan hakiki staf yer.. terutama cop yang banyak digunakan untuk cop pengesahan sijil dan borang-borang pelajar. Jawatan giliran tidak ada apa nak digunakan secara umum melainkan hanya untuk cop dokumen berkenaan sahaja. Emmm.. dannnn saya sudah meninggalkan nota yang panjang ditempat si pembuat cop. Hihi. Saya sungguh kuat mengomen yer. Tapi, saya juga insyaAllah terbuka untuk menerima komen. Sebab tu saya suka baca komen pelajar untuk penilaian pensyarah. Malangnya, sistem penilaian online sekarang sudah membuang bahagian komen pelajar itu. Setakat markah sahaja untuk apa?

Saat saya menulis entry ini, baru saya teringat dimanalah saya letak barang yang saya ambil di pigeon hole tadi. Adakah di meja si pembuat cop? Haha! Sudah. Bendera merah sedang berkibar, maka kurang membaca Al-Quran. Apabila kurang membaca Al-Quran, memang agak mudah lupa. Saya ada juga mengambil langkah yang menyelamatkan keadaan seperti menulis semua kerja dan appointment di dalam planner (yeay! dah guna planner baru!) dan menulis senarai di kertas yang dilekatkan di meja saya. Emmm.. jika tuan modul tu buat macam saya, agak-agaknya ada tak yang jadi mangsa kelupaan dia? Hihi.. Jom! Berubah!

Nota : Melihat saya 10 tahun yang lalu, apa yang berubah? Yer.. saya banyak berubah FIZIKAL dan MENTAL! Err.. ada kawan sekolah saya cakap (baru jumpa setelah hampir 13 tahun tidak bersua) fizikal saya tak berubah dari zaman sekolah sampai anak tiga. Saya rasa nak gelak guling-guling sebab angka di mesin penimbang telah bertambah 15 kg yer dari dulu! Haha! Soooo.. lemak terpendamkah?Yang dah lama tidak jumpa saya sila bayangkan saya sudah semakin 'cumel' hihi..

2 comments:

Ms.Lilies said...

cumil x cumil banun tetap ex rumet yg paling ngam :D

senorita_2012 said...

hahahh! iyolah..