Hari pertama ke PASTI. Tidak sabar-sabar dia bangun pagi sarung baju baru. Bila sampai depan pagar PASTI.. menyorok belakang kain Ummi. Haishhhh.. kelas saya pukul 8. Ada lagi 5 minit untuk menenangkan dia. PASTI dipenuhi hiruk pikuk suara kanak-kanak dan tangisan. Hailohhhh.. Satu yang saya bersyukur, 'Alawi tidak menangis, cuma dia agak takut sebab baru hari pertama.
Hati ibu, saya tidak sampai hati mahu tinggalkan dia seorang. Sebab ada beberapa orang kanak-kanak yang memegang beg dengan air mata bergenang mencari emak dan ayah. Hmmm.. akhirnya saya katakan pada suami, tunggulah sekejap. Minta izin bawa 'Alawi keluar untuk hantar Aisyah dan Rifaie ke nursery, kemudian barulah ke PASTI semula untuk menemani 'Alawi. Kelas? Saya batalkan. Kemudahan handphone jangan disia-siakan. Ahakss.
Sejam lamanya saya duduk dengan 'Alawi. Awal-awal langsung dia tak nak duduk di kerusi yang disediakan. Duduk atas riba saya. Cikgu masih sibuk dengan pendaftaran. Dalam pukul 0845, barulah mula cikgu mengagihkan plastesine (eja??). Saya paksa 'Alawi dan kawannya (satu nursery.. ditinggalkan oleh ayahnya dan menangis..) beratur untuk dapatkan plastesine. Bila sudah dapat plastesine barulah dia mahu duduk di kerusi. Perlahan-lahan saya tanya;
"Ummi balik yer?"
Angguk.
"Ummi baliklah. Nanti Ummi datang amik 'Alawi yer.."
Sambil tak sabar-sabar membentuk plastesine.
Saya senyum lega. Heheheh.. tak payahlah kan duduk sampai tengahhari. Saya tarik tangan dia dan tunjukkan kasutnya yang saya letak di tepi rak. Bila saya toleh sekali lagi dia sedang leka main dengan kawannya. Lupa Ummi yer bila dapat main.. ceh!
Nota: Bagusnya saya tak ambil cuti. Ingatkan boleh terus tinggal jer.. hahah! Kita yang dewasa pun ambil masa nak sesuaikan diri dengan tempat baru kan, apatah lagi si 'Alawi yang ala-ala manja tuh! Ok.. next time every first day sekolah saya kena cuti! Noted.
2 comments:
ALHAMDULILAH...SETAKAT NI KAK LINDA TAK DE MASALAH HANTAR ANAK KE SEKOLAH...TAK PAYAH NAK AMBIK CUTI HEHEHE...ALMAKLUM LA KAT SEKOLAH PUN KELAM KABUT GAK..FIRST DAY..KALAU CUTI CAMNER LA AGAK NYER..MUJUR LA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANAK KE SEKOLAH..ANAK TAK MERAGAM...
Alhamdulillah.. senanglah Kak Linda. Tu la duk pikir camnalah cikgu2 nih sebab dia pun sibuk hari 1st sekolah.
Ni dah seminggu hari-hari hantar duk teriak.. cikgu dia suruh tinggalkan jer.. huhu..
Post a Comment