Lama saya tidak update. Macam-macam saya ingin bercerita. Sebagai ingatan saya di masa depan. Bukan tidak ada masa, tapi banyak buang masa. Hmmmm..
Seronok saya melihat jadual Prof Muhd Kamil. Padat dan bermakna. Bila agaknya suami saya boleh berceramah sebegitu ya? Ya Allah.. kadang-kadang (selalunya kot) timbul rasa berat hati untuk suami keluar ceramah, ke masjid.. Astaghfirullah.. masa itulah anak-anak meragam, menangis.. hmmm.. berat dugaan halangan isteri dan anak-anak. Nampaknya saya perlu kuatkan lagi semangat saya. Jika boleh, biarlah sekurang-kurang en suami tidak ponteng ke masjid waktu Isyak dan Subuh. Amin..
Saya seronok bercuti. Meluangkan masa bersama emak, ayah dan adik-adik yang susah sungguh hendak dikumpulkan bersama. Naik cuti, walaupun hanya seminggu, wah susah mahu mengembalikan mood kerja. Hajat hati mahu ada satu entry khas aktiviti kami sepanjang bercuti panjang, tetapi entahlah akan terlaksana atau tidak. Waktu kerja, saya rasa bersalah mahu update blog (sikit-sikit sekadar taip bolehlah). Mahu letak gambar bagai (baru cun kan.. hihi) saya menunggu mood di rumah. Malangnya di rumah, mood tak kunjung tiba.. sangkut kat highway kot.. haha..
Mengarut.
No comments:
Post a Comment