Pages

24 February 2010

Doa

Bismillah..

Salah satu tugas en suami adalah sebagai pembaca doa majlis universiti. Bukan senang ya mahukan khidmat pembaca doa, perlu ada surat rasmi bertulis melalui PTJ kepada Pusat Islam dan mana-mana pegawai yang bertugas serta ada kesempatan akan diarahkan oleh pengarah untuk membaca doa. Doa juga ada fail khasnya. Setiap majlis ada doa yang perlu disediakan terlebih dahulu. Kerana itu, surat arahan awal amat membantu mereka membuat persediaan, bukan seperti mahu membaca doa makan, hanya tuding jari sesiapa pun boleh baca on the spot.

Mahu dijadikan cerita, semalam ada seseorang call en suami mahu dia membaca doa di satu majlis rasmi. Call dalam pukul 12 tghhari, majlis akan bermula 2.30 petang. Waktu itu, saya baru hendak keluar makan dengan en suami. En suami menolaknya kerana dia hanya berpakaian sukan (paginya U ada senamrobik bersekali dengan perhimpunan bulanan) dan mahu si penelefon menghubungi rakannya yang seorang lagi untuk membaca doa. Rakannya pula serta merta mesej dia ada hal dan tidak dapat memenuhi undangan. Saya jadi kasihan pada si penelefon.

"Tak boleh ke abang pergi saja? Bukan susah pun mahu salin baju, baju abang dah gosok dah pun kat rumah tu" Suara saya.

"Tak naklah. Malas nak balik rumah. Senang-senang dia jer mintak baca doa. Surat takde apa takde, main pakai mulut jer"

"Tak apalah abang.. kesian dia. Entah dia tak tahu prosedur ke apa ke. Apa salahnya pergi baca, pahala pun dapat mendoakan orang"

"Tak nak. Dia kena tahu prosedur. Bukan semua majlis boleh baca doa. Pusat Islam perlukan surat supaya pengarah dapat teliti adakah majlis tu sesuai tentatifnya untuk bacaan doa"

Saya diam. Teringat beberapa kes dimana majlisnya ada tari menari tetapi minta bacaan doa. Sejak itu, penguatkuasaan untuk permohonan melalui surat diketatkan.

"Tu majlis ok jer kan?" Tanya saya.

"Lagipun PTJ ni lah yang hari tu tak maklumkan pembatalan program dia dulu. Suka hati dia jer" Suami saya mengomel.

Pernah dalam bulan lepas, suami diminta membaca doa di Kluang. Majlisnya pukul 8.00 malam, hari Jumaat. Mujurlah en suami tergerak hati untuk menelefon PTJ berkenaan untuk confirmkan tempat. Rupa-rupanya, majlis ditunda tanpa diberitahu. Haishhhh.. kan ke menyusahkan kalau dah pergi tapi tak ada orang.

Mendengar hujah-hujah suami, saya iyakan ajer. Tak nak baca doa, tak apa. Saya tak mahu terlalu masuk campur urusan mereka. Hihi. Berakhir di situ.

Petangnya dalam pukul 5.

"Ala Nunnn.. " Sergah suami saya dalam telefon.

Ni kenapa pulak ni. Fikir saya.

"Abang kena gi baca doa, dekat KL pulak tu.. esok.. (hari ni)"

"Ha? Bila? Siang ke?"

"Tak.. pukul 8.00 malam. Petang esok tolak dengan bas."

Saya diam.

"Alah.. macammana nak mengelak ni.. Pengarah suruh ni.. surat pun dah ada."

"Tak payah mengelaklah abang.. pergi jer. Allah nak uji tu. Tengahhari tadi abang kata nak baca doa kena ada surat, ada arahan pengarah. Sekarang Allah mahu uji, abang nak buat tak bila dah ada semua-semua tu. Ada up lagi.. tempatnya jauh di KL nun. Tu Allah nak ingatkan tu.. ikhlas sikit bekerja"

"Hehehheh.. dah.. dah.. ustazah.."

Sungguh. Saya selalu melihat orang agama ini ujiannya serta merta. Mungkin setaraf dengan ilmu dan kebaikan yang mereka ada. Suami saya, bila dia ada lencongan sikit-sikit, adalah sesuatu yang Allah bagi peringatan. Siapalah kita jika tidak diuji? Manakan kita tahu tahap mana iman kita kan? Bersyukurlah kerana Allah menguji kita kerana Allah mahu memelihara iman kita. Pulang semula ke pangkal kebaikan.

2 comments:

Aku_tulip said...

senorita...baca doa ada surat gak ek..akak tak tau pon selama ni...akak suka baca apa yg senorita tulis...selalu ingatkan kita pada ALLAH....

senorita_2012 said...

Iya.. sebab ia satu tugas rasmi dan perlu ada arahan rasmi.

Saya menulis sebab nak ingatkan saya pada Allah.. saya juga sedang menasihati diri sendiri sebenarnya.. supaya kita aware dengan apa yang kita tulis..

dah tak pandai menjahit macam akak kan.. tak ada hasil jahitan nak tunjuk.. kot ada menjahit pun jahit kelim bawah seluar.. hihi.. itupun culas hampeh nak buat..