Pages

12 March 2010

Anak

Bismillah..

Banyak betul masa saya yer.. haha.. dah lama saya tak guna photoshop. Dulu-dulu masa anak tak ramai (baca: sorang), saya masih boleh bermain-main dengan photoshop, edit sana sini, berkreatif (walau tak reti pun) dan macam-macamlah. Bila sudah ada banyak 'handbag', suhu rajin berphotoshop pun makin menurun.. kot kang ada pulak anak terbiar sebab kadangkala kalau dah over sangat, leka pulakkan.. haha! Ni nak start sikit-sikitlah kan.. boleh buat-buat kenang-kenangan Ummi yang kerastangan ni. Tak ada apa pun yang fancy yang dibuat.. cuma saya menambah 'mark' pada gambar.. haha! Jadilah dari takda apa kannnn.. hihi..

Sebelum tu.. ni kerja hari ni.. sungguh tak sedar diri banyak kerja..


Ok.. kira ni sebagai peringatan la yer.. kuiz yang belum ditanda. Entah kenapa semester ni, saya tak berapa dedikasi dalam bab marking ni. Huishh.. harus lepas ni terus mark kuiz.. haha!

'Alawi


Usianya baru mencecah 4 tahun Disember lalu. Tapi, senasiblah dengan saya.. bila masuk saja Januari (tahun baru) kena declare sudah 5 tahun. Maka.. saya sekolahkan dia di PASTI kelas 5 tahun. Masuk bulan ketiga, sudah agak stabil. Masih menangis bila ditinggalkan mula-mula sesekala.. tapi sekejap saja (kata cikgunyalah). Sudah mahu belajar di meja (sebelum ni mahu duduk di lantai saja), sudah mula pandai berkawan.. Cuma masih belum pandai menjaga harta sendiri. Botol air pertama.. entah mana. Botol air kedua.. kawannya campak dalam longkang.. buat masa ni saya belum bagi dia bawa air dulu.. minumnya tak seberapa.. main je lebih.. Belum masuk bab alat tulis.. pensil case pun dah tak ada.. hmmmm.. Ummi? Saya tak beli baru pun.. hehhehe.. tak guna sangat.. membazir jer tah dia sedekah kat sapalah agaknya.

Sejak dia 'bijak' ni.. hari-hari minta duit belanja.. Mula-mula saya bagi 1 ringgit.. dia kata beli kacang dan biskut.. saya tanya berapa sen, dia jawab 3 sen jer.. huhu.. saya belum sempat jumpa cikgunya tanya harga sebenar.. esoknya saya bagi dia 2 ringgit sebab suruh dia belikan untuk Aisyah sekali. Masa nak balik rumah tu saya minta baki duitnya. Dia kata dia bagi kawan je lebihnya.. uhuk.. uhuk.. Saya bukan berkira sangat.. tapi saya lebih bimbang dia kena pau je.. anak saya ni baik terlajak sikit.. Seterusnya saya bagi 1 ringgit aje.. dia bawa 2 bungkus kecil kacang.. bila tanya duit baki mana, dia kata dia bagi cikgu.. Saya rasa sebungkus tu 50 sen.. hmmm.. oklah tu..

Sekarang, kerja sekolah dah tak perlu bimbang sebab dia sangat bersemangat nak buat kerja.. Err.. sebenarnya suka sangat dia main warna. Tapi.. dah sekarang kerja yang dibawa balik tak ada pulak.. Mungkin semua dah siap dihantar pada cikgu.. Bila macam tu, habis workbook yang ada dia buat kerja yang cikgu tak suruh. Alahai anak aku  ni.. Cuma.. emmm.. kalau dia buat kerja cepat sangat siapnya.. Apa taknya.. kalau dah mula dia guna warna biru.. alamat semua bendalah dia warna biru.. dengan huruf, semut, rumah apa lah selagi ado.. semput aku kalau jadi cikgu dia. Bila saya tegur suruh warna betul-betul dia jawab

"Ala Ummi.. lambatla..cepat sikit siap ni."

Kelelakian sungguh.

Aisyah


Si kerinting yang makin kerinting rambutnya. Alhamdulillah dia suka juga pakai tudung dan boleh kekal lama di kepala. Kira insyaAllah bila sekolah nanti dah biasa. Pada usia yang baru menjangkau 3 tahun 3 bulan, dia agak menyalin perangai abangnya yang dulu. Mahu marah dia.. tak boleh kasar-kasar.. kena pujuk lembut-lembut. Aisyah sudah pandai bercakap.. sudah petah.. tapi entah apa angin dia bila dengan orang lain dia buat-buat pelat.. Bila saya tegur.. baru ok.. lepas tu pelatkan balik.. Grrrr.. Tapi jiwanya memang jiwa perempuan.. nampak kasar.. (dah namanya budak kan) tapi senang lembut hati. Masih ada perasaan dengki pada Rifaie.. bila di belakang kita, bukan main sayang dia pada adiknya tu.

Puas juga saya dan en suami mahu mengajar Aisyah untuk tidak memakai diapers. Sudah pandai cakap mahu buang air kecil dan besar.. sepatutnya tiada masalah. Cuma, Aisyah yang tak nak susah-susah.. boleh pulak lah gitu.. Akhirnya, pertengahan bulan 2 dia terbuka hati hahahha! Senang, tak perlu kami suami isteri duk kerja beli diapers yang sepatutnya dah tak perlu. Cuma beli satu untuk waktu tidur saja. Buat masa ini..apa yang saya ajar 'Alawi secara tak langsung saya ajar juga Aisyah. Ajar 'Alawi mengaji, Aisyah juga termasuk.. tapi akal budak kecil.. Alif.. Ba.. Ta.. Tsa.. masih di situ. Apa taknya.. mulut sebut, mata pandang Ummilah.. silinglah.. dindinglah.. hmmmpppphhh.. Jika kurang sabar, ada juga yang kena.. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, kanak-kanak belajar dalam mereka bermain.. malah lebih cepat catch-up compare to orang dewasa.. Saya sudah lihat perkembangan itu pada 'Alawi.. dan insyaAllah.. Aisyah juga akan begitu bila tiba waktunya. Cuma kita ibu bapa tidak boleh terlalu spontan dalam mendidik anak, perlu ada 'ajaran' dan tak boleh nak harap anak tu akan pandai sendiri kan.. in my humble opinionlah..


Rifaie


Setakat ini, inilah yang bongsu. Baru sahaja berusia 10 bulan. Saya dan suami belum sedia mahu menambah kroni. Biarlah saya besarkan dulu anak-anak dan stabilkan dulu diri sendiri. Tapi jika takdirnya ada rezeki, kami terima dengan berlapang dada. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya kan.

Jika bercerita perihal Rifaie.. cukup banyak gelagatnya yang mencuit hati. Sungguh saya tak faham jika ada ibubapa yang sanggup mendera anak atau sanggup membuang anak. Saya seriau lagi dengan berita-berita akhir-akhir ini. Tak nak fikir.. tak nak fikir..

Pandai meniarap pada usia 2.5 bulan, kemudian belajar merangkak dan memapah dalam satu masa, akhirnya Rifaie expert memapah dulu barulah dia laju merangkak, dan pada usia 9.5 bulan dia pandai duduk, itupun duduk dengan kaki berlipat (macam orang baca doa). Satu yang saya bersyukur.. giginya lambat tumbuh.. hihi.. Bukan apa, sebab masa dia tak ada gigi dia sangat suka menggigit masa menyusu. Bayangkan jika dia ada gigi.. tak ke haru Ummi? Sekarang giginya sudah keluar 2mm kot.. dan dia sedang demam hari ini tapi sangat aktif memanjat sana sini..

Satu yang anak saya ini suka, TANGGA. Ya, dia suka panjat tangga. Tetapi insyaAllah.. saya masih lagi berjaya mengawal. Sebab tu bila en suami ke masjid malam, saya tak akan berani memasak dan tinggalkan Rifaie walaupun dah pesan pada 'Alawi untuk jaga adiknya itu. Biarlah saya tercatuk duduk dekat dia sebab Rifaie panjat tangga punyalah lajunya sambil gelak-gelak. Jika saya lepas, rasanya dia boleh sampai tingkat atas sendiri.. tapi saya sekadar lepaskan dia (dengan pengawasan) sampai anak tangga ke 5, lepas tu saya turunkan. Seram saya.

Huh..? Penatlah.. dah lah.. jika bercerita kisah anak-anak, tak cukup tak terkira page yang boleh buat. Setiap hari, ada saja gedik-gedik mereka. Bagaimanapun, dalam kita sayang anak-anak usah lupa, mereka adalah amanah Allah buat kita. Doakan mereka, cemerlang dunia dan akhirat dan mewarisi generasi depan yang mengembalikan kegemilangan Islam..

No comments: