Weekend yang singkat. Sabtu, flat sepanjang hari dari bangun tidur, sampai malam. Alhamdulillah.. manage to prepare breakfast, lunch, masak kek coklat. Malam, makan sahaja lauk lunch, saya bakar ayam banyak. Hihi. Bagusnya saya buat semua tu dalam keadaan demam, b* bengkak (tak tau kenapa, mungkin susu tersumbat sebab duk bagi sebelah jer.. ni punca demam kot) dan sakit kepala pusing-pusing. Saya berjaga masa memasak, menyusu Rifaie dan solat saja. Selebihnya saya tidur tak makan-makan.. Yang lain serah pada en suami.. hmmmm.. Bila sakit, baru terasa nikmatnya sihat. Yang lagi best, dalam pukul 8 malam baru terfikir mintak en suami belikan panadol. Makan panadol yang untuk sakit-sakit badan, baru lega. Lerrr... kot tau dari pagi dah makan.. ooo.. otak beku kot.. tak boleh fikir.. hihi.. Tapi lately, bila saya sakit automatik saya tak lalu makan. Dari satu segi, baik untuk perut. Dari segi yang lain, saya risaukan susu kurang.
Ahad.. Alhamdulillah.. b* masih bengkak tapi sudah tidak demam. Saya teringatkan jemputan Maulidurrasul untuk kaum hawa di rumah jiran belakang. Masa dapat kertas jemputan tu, serta merta minta izin dengan en suami untuk pergi. 9.45 pagi. Prepare breakfast, prepare lunch (sebab jemputannya perempuan.. harus en suami nak makan apa kan), ngam-ngam 9.30 siap semua, siap-siap Aisyah dan Rifaie, 'Alawi ikut ayahnya.. dalam 10.15 baru sampai rumah jiran. Tapi Ustaz yang dijemput baru mula ceramah.. hmmm.. sempat juga saya walau duduk belakang sebab lambat. Tapi ok ajer.. sebab Rifaie ada banyak ruang untuk bergerak. Kenapa sibuk bawa anak? Majlis ilmu.. dinaungi malaikat sepanjang perjalanan ke majlis ilmu dan di majlis ilmu itu sendiri.. bawalah anak-anak ke tempat yang baik. Saya masih ingat pesan ustaz dan ustazah semasa saya di sekolah menengah dulu. Majlis ilmu penuh barakah. Sayang rasa tidak bawa 'Alawi.. en suami risau saya tak boleh handle padahal bukan susah pun.. insyaAllah ada peluang lain kali saya bawa semua. Anak-anak saya tidak nakal. Diam duduk bersama saya. Bagi sesetengah orang, mungkin ia satu kepelikan.. bagi saya, Alhamdulillah.. senang dibawa ke majlis. Tak apa, mereka aktif bermain di rumah. Bukan kanak-kanak pasif.
Ceramah mengenai cara mendidik anak-anak. Banyak pengisiannya. Ada buku yang Ustaz itu tulis:
Setebal 28 ms dan berharga RM5, ia bacaan yang bermakna bagi saya. Ada masa boleh saya kongsikan. Yang begitu Ustaz tekankan dalam ceramah, jika mahu lahirkan anak cemerlang duniawi dan ukhrawi.. jaga hubungan dengan Allah. Solat.. dan solat perlu di awal waktu. Ustaz ini juga mengamalkan rawatan islam untuk anak-anak yang sudah tersasar jauh dan terlalu derhaka pada ibu bapanya. Tadi juga ada dijual minyak yang dibacakan salawat, perlu sapu pada ubun-ubun anak supaya lebih fokus. Saya tidak beli. InsyaAllah, bila masanya saya perlukan, saya akan dapatkan juga.
Nota: Majlis ilmu perlu dihadiri paling tidak 40 hari sekali. Jika tidak, hati akan menjadi keras. Pesanan untuk diri, sesibuk manapun, hadiri majlis ilmu. Cari. Jangan menanti.

1 comment:
senorita....besnya klu akak dapat pg juga...mana ek bole akak dapatkan buku ngan minyak tu....klu ada contact no. ker.....bg tau akak bole...email akak aku_tulip@yahoo.com
Post a Comment