Pages

02 March 2010

Kehidupan

Bismillah..

Kehidupan.. yang asas-asas. Asas maksud saya weekdays kerja.. pagi-pagi bangun tum tam tum tam urus itu ini, paling lewat 7.40 pagi sudah keluar rumah. Lambatlah tu sebab 'Alawi akan lewat ke sekolah. Jika ada kelas, ke kelas dulu, eh.. sebelum itu sarapan dulu, kelas pukul 8 semua sudah saya anjakkan ke 8.30 (ahahh.. kuasa pensyarah kan.. hihi), lepas tu tum tam tum tam, pukul 6 paling lewat saya perlu balik. Ambil anak, masak jika sempat, jika tidak masak di kedai.. mandi manda suami ke masjid (jika suami tidak tugas lega sikit, masjid hanya dekat sahaja itupun terbabas kadang-kadang tidak pergi eheh), ajar ngaji kejap, tengok TV, surf internet (jika larat ahahah) dan tidur.. Esok.. ulang rutin yang sama. Weekend pula, kemas mengemas, kalau nak lari dari rutin sikit, pagi-pagi bawa anak jalan-jalan sana sini, balik jalan memasak barulah mengemas, buat itu ini eh.. dah ahad? Pokok-pokok di luar belumpun saya jenguk.

Adakala lelah juga. Adakala saya senyum saja. Adakala macam-macam rasa.

En suami kata, kita sudah hilang keberkatan masa. Masa terlalu pantas berlalu. Lihat.. sudah bulan 3. Saya belum buat apa-apa yang membangunkan ummah pun. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan keluarga.. terlalu disibukkan dengan urusan dunia! Allahu Akbar!!!

Hmmm.. perlu berubah. Supaya setiap detik waktu, bukan hanya untuk kita.. tetapi untuk Islam.

Nota: Saya sering takut apabila membayangkan apalah yang saya mahu bawa jika ditakdirkan saya menemui Allah dalam masa terdekat. Bekal kosong gamaknya.. Na'uzubillah.. Ya Allah.. bukakanlah jalanMu.. Amin..

No comments: