Wanita VS Lelaki
Zaman ini, sama-sama berlumba mahu berjaya. Sama rata. Pangkat juga sudah tidak kira gender. Siapa maju dia dapat. Cuma ada beberapa situasi yang membuat saya mahu senyum senget bila mengingatnya.
I
Suami dan isteri, peneraju sebuah kumpulan kecil perniagaan MLM. Bila diajukan beberapa soalan oleh downline, kena pada soalan panas, si isteri jawapannya dalam nada melenting. Si suami? Cool.. cool.. kemudian beri jawapan secara rational. Malah lengkap faktanya, dan menjawab lengkap persoalan tadi.
II
Seorang pensyarah wanita, kelas sudah dilewatkan ke 8.30 pagi. Pelajar masih tidak juga cuba hadir awal. Lama-lama bila emosi menguasai diri.. maka.. heheh..
"Siapa datang lewat, saya ambil nama dan potong markah test awak."
"Saya bukan sayang sangat awak semua ni.."
Ok.. ini pengalaman saya sendiri.. kikiki..
Pensyarah lelaki..
-No respon- mengajar seperti biasa.
Tak pun
"Tolong kunci pintu dari luar."
Tak pun
Kunci pintu siap-siap. Siapa lambat no entry.
****************
Cukuplah. Bukan saya nak kisahkan sangat situasi pun. Cuma adakala, sehebat mana pun kita, ciri-ciri Lelaki dan Wanita tu ada juga sebenarnya. Wanita, amat beremosi. Jarang yang tidak suka bermain dengan emosi. Habis-habis yang penyabar pun, dia akan menangis tension. Lelaki pula, lebih banyak tindakannya sebab rational. Tidak melulu. Tegas. Kerana itu, Allah jadikan perkahwinan antara Lelaki dan Wanita untuk saling melengkapi.
Rata-rata rakan wanita saya di sini, kerjanya kemas, teratur, teliti malah habis semua yang remeh temeh diambil kira disusun atur. Lelaki pula, habis semua yang penting-penting dibuat dengan jayanya. Setakat yang cincai-cincai, kecil-kecil, biarkan ajer la.. hahah! Susah juga yer sebab kadang-kadang kerja sama-sama perlu siap. Kalau ada yang tak siap macammana. Puas juga nak mendapat titik pertemuan.
III
Ummi sedang susukan si kecil.
"Ummi.. mana baju Aisyah? Nak pergi kenduri ni." Tanya si Ayah.
"Ada.. atas iron board. Baju kurung biru tu."
2 minit siap pakai baju. Wah! hebat Ayah siapkan anak.
Tiba-tiba Ummi ingat sesuatu.
"Eh.. pakaikan tak spentot Aisyah?" Dah tak pakai pampers kan.. takkan nak boleh gitu jer bawah kain kan.
"Ah! Tak payahlah.."Selamba Ayah jawab.
Huh?
2 comments:
Ehehe...jwpn last tu sama sebijik cam hsbd saya banun :D
hahah! tu ler.. senang jer org laki nih.. simple.. hahahh!
Post a Comment