Saya bukan nak luah perasaan. Tak pandai.. eheh.. serius.. saya tak pandai mahu meluahkan perasaan pada orang lain kecuali rakan yang rapat dengan saya dan suami saya (of course la.. ini tak bleh simpan nanti parah). Percaya atau tidak, saya tidak pernah buat sesi meluah perasaan dengan Emak atau Ayah melainkan bercerita yang seronok-seronok sahaja. Bila Emak dan Ayah makin berusia, dan saya pula telah berkeluarga.. laagilah saya cuba kawal apa yang perlu saya cerita. Bukan bermakna saya ini tidak rapat dengan orang tua, cuma saya tidak pandai meluahkan perasaan saya (kecuali perasaan gembira). Kenapa? Emak saya juga begitu.. hahahah.. iya.. adakala saya sentiasa berfikir.. (kadangkala meng 'ignore') masalah yang datang, sebab pada saya.. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semuanya di bawah percaturan Allah belaka. Maka, kendalikannya dengan hikmah jua.. (keh.. keh.. bleh jadi Ustazah.. en suami kata.. hehe).
Berada dalam kelompok 'academician' di universiti, jangan sangka 'kami-kami' ini 'cool' semuanya. Banyak ragam, banyak perangai manusia yang saya jumpa. Ada yang suka luahkan rasa tidak puas hati dengan pihak atasan atau pihak pengurusan dalam email.. Ada yang suka bantah itu ini.. Ada yang dengan sesiapa sahaja boleh cerita macam-macam.. boleh luah macam-macam.. dan macam-macamlah.. Bila menghadapi situasi macam nih.. saya err.. saya tak reti nak buat apa.. bleh? Kalau kawan-kawan rapat bolehlah bertukar-tukar cerita dan kisah.. kalau kawan sekerja yang tak rapat? Eheh.. tak pandai den.. Nak nasihat? Uishhh laaaagilahhh aku fail. Kikiki..
Apa-apa pun.. they make my day.. saya boleh senyum bila dapat email atau berbual dengan rakan macam nih..
p/s: Saya laagi senyum tak tau nak buat apa bila kena pergi Team Building next weekend. sadis kan?
No comments:
Post a Comment