Setiap hari kala bangun pagi, saya bangun dengan senang hati, dengan doa saya mahu hari ini lebih baik dari sebelumnya. Saya mahu minda yang positif.
Setiap hari, antara doa saya dikala selesai solat subuh, saya sangat mohon supaya Allah permudahkan segala urusan saya, urusan rumahtangga, urusan kerjaya, urusan menyambung PhD dan segala urusan yang mendekatkan saya kepadaNya. Juga moga Allah permudahkan urusan suami saya, anak-anak, kedua ibu bapa, ibu bapa mertua, adik beradik saya dan suami, saudara mara , rakan taulan dan seluruh muslimin dan muslimat amnya. Leceh? Mahu meminta biarlah bersungguh dengan Allah.
Saya seronok jika hari saya bermula dengan Al-Quran. Masih saya ingat dalam ceramah yang diikuti di universiti, Ustazah berkata, bacalah Al-Quran sebelum kita membaca dan menelaah buku-buku lain. InsyaAlalh Allah permudahkan kita menimba ilmu.
Dalam pada kesibukan dengan urusan anak-anak, saya perlu minda yang positif. Dalam sibuk menguruskan senarai kerja yang tak pernah habis, saya juga perlukan minda yang positif. Adakala aura negatif dari persekitaran sukar juga ditepis yer.. :) Namun..
BE POSITIF!
p/s: Masa adalah milik Allah.
No comments:
Post a Comment