Antara tugas pensyarah universiti, melakukan research. Saya rasa saya pernah menulis entri ini tapi lupa di mana [baca: malas menyelongkar]. Saya ada satu research grant yang belum terusik dek kesibukan mengajar dan melunaskan tugas-tugas pentadbiran. Rutin setiap hari, masuk bilik, on laptop, cek email universiti (wajib!), cek email yahoo! dan buka blog (yang dalam list) yang berupdate. Saya jarang kecewa kerana blog Prof Kamil sentiasa berupdate.
Maka.. terbaca enti beliau yang ini. Saya petik satu para:
Saya terfikir.. ada benarnya. Jika saya memberi komitmen yang sepenuhnya ia tidak akan terbiar begitu lama. Kini saya perlu bermula semula dengan melihat proposal asal semasa memohon grant tersebut. Saya lupa!"Kerja bertangguh sememangnya akan mengundang pelbagai alasan yang lain. Seorang penyelidik tidak akan dapat menyiapkan kerja-kerja penyelidikan apabila sentiasa berminat untuk menangguhkan kerja-kerja tersebut. Sesuatu yang boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat akan mengambil masa yang lama. Masa sering dijadikan alasan."
Di universiti kelas sudah tamat. Saya sudah tidak ada alasan untuk menangguh research ini. Pelajar sudah masuk minggu ulangkaji dan minggu depan bermulalah peperiksaan akhir. Apa yang mereka pelajari selama satu semester, akan di uji dalam masa 3 minggu akan datang. Saya tidak melihat peperiksaan di universiti sebagai proses meraih gred semata-mata. Ia lebih dari itu.. ia adalah Usaha, Doa dan Tawakkal kita dalam menuntut ilmu.
Andai dapat diundur masa, saya mahu menjadi Terbaik.. namun ianya adalah mustahil untuk masa diputar ke belakang. Jadi, saya dan kita semua belum terlambat untuk menjadi Terbaik di masa hadapan. Jom!
No comments:
Post a Comment