Bismillah..
Sejuknya.. hampir setiap hari hujan. Cuaca mendung saja. Tapi saya suka! I memang suka hujan yer.. sebab bila hujan otak ni macam berjalan laju jer. Mungkin bagi orang lain, waktu hujan seronok tidur. Tapi pada saya, rugi kalau saya tidur.. macam-macam benda boleh siap kalau tak tidur..
Ingat lagi, masa kecik-kecik, masa tu kami sekeluarga tinggal sekali dengan Atuk, Nenek serta emak-emak saudara. Rumah kampung. Bila hujan lebat, kuat amat bunyinya menimpa atap zink. Kadang macam package, hujan lebat jer ada guruh kilat. Masa tu kami adik beradik mesti dipaksa tidur. Semua pintu tingkap ditutup, termasuk semua cermin. Saya yang memang suka tanya macam-macam ni, tanya pada Cu (emak saudara bongsu belah ayah), kenapa kena tutup cermin. jawapan dia mesti takut kilat pantul semula. Owh.. very the scientific answer, tapi masa sekolah rendah dulu mana ada Sains. Jadi, saya iyakan je lah.. bila dah pandai sikit, baru paham dan fikir logik juga jawapan tu. Keluarga belah Ayah memang suka bagi jawapan yang logik akal.. so, jarang saya argue. Rindu masa dulu.. sekarang rumah kampung pun dah tak ada, dah jadi rumah batu. Kami pun dah pindah rumah sendiri.
Bila duduk asrama tingkatan 1, tak ada siapa paksa saya tidur. Heheh.. start tu la saya tak tidur time hujan. Selesa amat belajar waktu-waktu hujan. Dulu-dulu tak ada internet, tak ada handphone. Kalau malas belajar pun saya makan-makan, baca novel yang pinjam kat library.. Kalau waktu cuti, saya gi basuh baju lah.. iron baju lah.. masa tu kawan-kawan ramai yang tidur.. jadi tak payah berebut..
Indah suasana selepas hujan. Semua nampak segar dan bersih. Indah juga suasana hampir nak hujan, rasa sunyi. Bila cakap pada en suami, dia kata Rasulullah cukup takut bila hari nak hujan. Cepat-cepat Baginda akan ke masjid. Takut tibanya bala Allah sebagaimana ummat terdahulu. Kita sekarang? Tanyalah diri masing-masing, tidak perlu bagi jawapan pada orang lain..
Nota: Semoga kita semua dijauhkan dari bala Allah..
2 comments:
bestnya nostalgia entry kali ini..keep it up! hahhaa...teringat plak zaman kecik2 dulu..
memang bes zaman kecik.. walaupun tak bebas.. semua kena pantau.. heheh..
Post a Comment