Pages

22 June 2010

Komplen

Bismillah..

Kadang-kadang, saya rasa saya ini terlalu banyak komplen. Itu tak kena, ini tak kena. Rasanya saya perlu belajar diam dan bersyukur dengan apa yang ada, SEADANYA tetapi berusaha untuk menjadi lebih baik. Positifkan minda anda.

Tidak semua yang kita mahukan akan sempurna kita dapat. Adakala kita tidak menyukai sesuatu tetapi itulah yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

 ***

Bila balik kerja, adakala saya beli makanan di kedai makan depan rumah. Sementara tunggu makanan siap dimasak, saya ajak suami round-round. Biasanya kami akan menuju ke masjid di hujung kampung (berhampiran sungai). Ada kawasan perkuburan di belakang masjid.

"Hakikatnya, inilah rumah kita nanti.." Suara suami.

"Kita seorang di dalam rahim ibu dan kita akan kembali berseorangan di dalam alam barzakh."

Kubur adalah tempat yang boleh menimbulkan keinsafan! Apa yang dikejar di dunia ini? Jangan pandang ke belakang jika sekadar mahu meratap dosa-dosa lalu, tetapi terus ke depan dengan menjadi manusia yang lebih baik, lebih berkualiti.

Nota: Sekadar peringatan untuk saya. Banyaknya dosa tak terkira.

2 comments:

Hamba Allah said...

salam kak, terharu bace entry akak ni, me too.....perasaan seperti yang akak gambarkan..tapi kehidupan hari ini penuh persaingan dan sifat 'dengki' yang kunjung tiba tatkala melihat manusia lain mendapat sesuatu....semoga kita dilindungi dari menjadi manusia yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat allah yang sedia ada.......rindunya...malaysia...... :-(

senorita_2012 said...

Rindu Malaysia yek? Hujan batu juga yg best.. hihi..